Musk vs Zuck : Gergasi Teknologi Bertembung Di Twitter Dalam Pertarungan AI

Satu peperangan telah bermula antara CEO Facebook, Mark Zuckerberg dan pengasas SpaceX, Elon Musk.

Isunya?

Adakah AI (Artificial Intelligence) mendatangkan bahaya untuk manusia?

Ia bermula apabila sesi Facebook Live Q&A pada 23 Julai dimana Zuckerberg pada masa itu telah menjawab satu soalan dari penonton tentang AI.

Zuckerberg telah membidas sesiapa yang mengatakan AI ini boleh mengancam manusia dan ia merupakan satu perkara yang tidak bertanggungjawab.

Jawapan Zuckerberg itu seolah-olah telah menjawab amaran Musk pada masa lalu yang mengatakan AI ini berpotensi mengancam umat manusia.

Musk dalam tweetnya membalas yang Zuckerberg tidak mempunyai pemahaman yang menyeluruh mengenai topik AI.

Pihak Facebook tidak memberi repson mengenai perkara ini.

Sumber