Google secara rasmi memperkenalkan Gemini 3.7 Flash, model kecerdasan buatan (AI) terbaharu yang dibangunkan khusus untuk tugasan pengaturcaraan dan penggunaan berasaskan ejen AI. Menariknya, Gemini 3.7 Flash diperkenalkan hanya tiga minggu selepas pelancaran Gemini 3.6 Flash. Menurut Google, model baharu ini menawarkan peningkatan dalam kejuruteraan perisian, tugasan berasaskan pengetahuan dan pembangunan web. Antara peningkatan yang…
SpaceX Batal Syarat Khas Bagi Pengguna Starlink Di Poland
Syarikat milik Elon Musk, SpaceX, telah membatalkan rancangan untuk mengecualikan Poland daripada zon rayauan (roaming) Eropah Starlink selepas mendapat bantahan daripada Warsaw, kata menteri urusan digital negara itu pada Khamis. Sebelum ini, bermula Isnin depan, pengguna di Poland sepatutnya dikehendaki memaklumkan kepada pihak Starlink setiap kali mereka melancong ke luar negara, termasuk ke negara Eropah…
Ciri Penuh Liquid Glass HyperOS 4 Mungkin Hanya Untuk Peranti Xiaomi Terbaru sahaja
Xiaomi telah memperkenalkan sistem operasi generasi baharu, HyperOS 4 bagi telefon pintar mereka termasuklah bagi jenama REDMI. Membawakan transformasi menyeluruh dari segi prestasi sistem, reka bentuk antaramuka (UI), integrasi ekosistem, serta keupayaan kecerdasan buatan (AI), kemas kini ini dibina bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, responsif, dan pintar. Walaupun tarikh keluaran rasmi untuk kemas…
nubia A77 5G Dilancarkan Di Malaysia Dengan Android 16, Harga RM1,099
nubia hari ini memperkenalkan nubia A77 5G untuk pasaran Malaysia, hadir dengan cip Unisoc T8300 Ultimate, Android 16 serta pelbagai ciri berasaskan AI. Peranti ini dilengkapi skrin 6.75 inci HD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia turut menyokong teknologi Wet & Oily Hand Touch yang direka untuk mengekalkan respons sentuhan walaupun jari dalam keadaan basah…
(Ulasan) ASUS Zenbook A14 – Bateri Laptop Ni Boleh Tahan Sehingga “2 Hari”
Untuk 2026 tahun ini, ASUS mula menggunakan cip pemprosesan terbaru Qualcomm untuk komputer riba premium mereka yang menjanjikan prestasi, kestabilan dan hayat bateri yang berpanjangan. Salah satunya adalah pada siri ASUS Zenbook baharu dikuasakan pemproses Snapdragon X2 Elite yang merupakan CPU premium generasi kedua Snapdragon yang direka untuk komputer riba mudah alih ultra nipis dan…
U Mobile Jalin Kerjasama Dengan OpenAI, Bakal Gunakan AI Dalam Pelbagai Operasi
U Mobile kini mengumumkan kerjasama strategik dengan OpenAI, yang menandakan satu langkah penting dalam usahanya untuk menjadi telco pertama di Malaysia dengan keupayaan AI (AI-enabled). Kerjasama ini akan melibatkan penggunaan AI dalam pelbagai aspek operasi U Mobile, termasuk perkhidmatan pelanggan, sokongan kepada perusahaan, tenaga kerja dan keselamatan siber. Syarikat itu juga akan menggabungkan keupayaan AI…
