Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Claude Code Kini Boleh Jalankan iOS Simulator Terus Dalam Desktop

Anthropic mengumumkan Claude Code Desktop kini menyokong iOS Simulator, sekali gus memudahkan pembangun membina, menjalankan dan menguji aplikasi iPhone tanpa perlu bertukar antara beberapa tetingkap. Melalui ciri baharu ini, iOS Simulator akan dipaparkan dalam satu panel di sebelah perbualan bersama Claude. Apabila Claude membina, memasang, melancarkan atau menguji aplikasi, panel tersebut akan dibuka secara automatik…

Google Perkenal Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite Dan 3.5 Flash Cyber

Google kini memperkenalkan Gemini 3.6 Flash sebagai model AI terbaharu dalam siri Flash, kira-kira dua bulan selepas pelancaran Gemini 3.5 Flash. Bersama model baharu itu, Google turut mengumumkan Gemini 3.5 Flash-Lite serta Gemini 3.5 Flash Cyber yang dibangunkan khusus untuk keselamatan siber. Gemini 3.6 Flash Tawar Prestasi Lebih Baik Pada Kos Lebih Rendah Gemini 3.6…

Pengguna Instagram Kini Boleh Tukar Lagu Pada Siaran Lama Tanpa Muat Naik Semula

Instagram kini membolehkan pengguna menukar lagu pada siaran Instagram Feed yang telah dimuat naik tanpa perlu memadam atau memuat naik semula siaran tersebut. Sebelum ini, pengguna perlu memadam dan memuat naik semula sesuatu siaran jika mahu menukar muzik, sekali gus menyebabkan semua tanda suka, komen dan perkongsian yang telah dikumpulkan hilang. Satu-satunya pengecualian ialah apabila lagu…

Threads Bakal Dilengkapi Ciri Kawalan Ibu Bapa

Meta kini mengumumkan ciri penyeliaan ibu bapa (parental supervision) akan diperkenalkan di Threads sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keselamatan remaja yang menggunakan platform tersebut. Bermula minggu depan di Amerika Syarikat, ibu bapa dan penjaga yang menggunakan Family Center boleh memantau serta mengurus penggunaan Threads oleh remaja, sama seperti ciri yang sudah tersedia pada aplikasi Meta…

Apple, iPhone 17, AFP

Apple Dilapor Bakal Lancarkan ‘Apple Upgrade’ – Program Langganan Untuk iPhone, iPad, Mac Dan Apple Watch

Apple dilapor akan memperkenalkan program langganan peranti baharu dikenali sebagai Apple Upgrade di Amerika Syarikat bermula 28 Julai, sebagai usaha untuk meningkatkan jualan perantinya. Menurut Bloomberg, program itu akan menyokong kebanyakan model iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch, dengan Klarna Group bertindak sebagai rakan pembiayaan. Melalui Apple Upgrade, pengguna boleh membuat bayaran secara bulanan, melangsaikan…

Tetikus Gaming Ini Dilengkapi Kipas Noctua Untuk Sejukkan Tapak Tangan

Pulsar dan Noctua memperkenalkan Feinmann F01 Noctua Edition, sebuah tetikus gaming yang tampil dengan ciri ‘luar biasa’ iaitu kipas penyejuk terbina di dalam bagi membantu memastikan tapak tangan kekal sejuk ketika sesi permainan. Model edisi khas ini dibangunkan berasaskan Pulsar Feinmann F01 yang memenangi pelbagai anugerah, dengan integrasi kipas Noctua NF-A4x10 40mm. Digabungkan bersama reka…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,695
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress