Meta kini memperkenalkan Meta Glasses, barisan cermin mata pintar baharu yang dipasarkan di bawah jenamanya sendiri. Walaupun tidak membawa jenama Ray-Ban, Meta masih meneruskan kerjasama dengan EssilorLuxottica bagi membangunkan barisan produk baharu ini. Meta Glasses hadir dalam tiga rekaan bingkai iaitu Adventurer, Fury dan Meta Glasses by Kylie, dengan keseluruhan 26 pilihan gaya yang merangkumi…
Pelayan AI NVIDIA Kini Lebih Mampan, Boleh Beroperasi Dengan Sistem Penyejuk Yang Lebih Panas Daripada Kolam Air Panas
NVIDIA memperkenalkan inovasi besar dalam dunia pusat data dengan memperkenalkan sistem penyejukan cecair sepenuhnya untuk generasi pelayan AI Rubin. Cuma berbeza dengan sistem penyejukkan air yang lama, sistem ini sebaliknya menggunakan cecair penyejuk pada suhu sehingga 45°C, lebih panas daripada kolam air panas, namun lebih cekap tenaga. Dengan menaikkan suhu penyejuk, kos tenaga dapat dikurangkan…
Zeekr X (2026) Dilancar Di Malaysia – Lebih Berkuasa, Harga Bermula RM158,800
Zeekr Intelligent Technology Malaysia hari ini rasmi melancarkan model SUV elektrik premium urban terbaharunya, Zeekr X (2026), menerusi acara pelancaran berteraskan gaya hidup moden. Membawa slogan “Boldly Yours”, model penambahbaikan (facelift) ini hadir dengan peningkatan prestasi trenkuasa yang lebih mantap, rekaan luaran yang lebih ekspresif, serta pelbagai ciri pintar baharu yang diletakkan sebagai standard untuk…
Pekerja Malaysia Lebih Mahir Dan Berinovasi Guna AI Berbanding Global – Kajian
Tenaga kerja Malaysia kini berada di barisan hadapan dalam penerimaan teknologi kecerdasan buatan (AI). Kajian oleh Microsoft Work Trend Index 2026 mendapati 24% pekerja Malaysia tergolong sebagai Frontier Professionals, iaitu pengguna AI yang mahir dan berinovasi, berbanding hanya 16% di peringkat global. Malah, 69% pengguna AI di Malaysia mengakui mereka menghasilkan kerja yang mustahil dilakukan…
Sakana AI Lancar Fugu Ultra – Model Multi-Ejen Pintar Bagi Tandingi GPT-5.5 Dan Fable 5
Firma kecerdasan buatan, Sakana AI, rasmi melancarkan produk terbaharu mereka, Sakana Fugu dan Fugu Ultra. Berbeza dengan model monolitik tradisional, siri Fugu dibina sebagai sistem perpaduan multi-ejen penuh (multi-agent orchestration) yang diakses melalui satu API tunggal. Inovasi ini diperkenalkan sebagai langkah strategik mencapai kedaulatan AI (AI Sovereignty) bagi mengurangkan kebergantungan mutlak terhadap pembekal tunggal. Ia…
Krisis Memori Kini Melarat Ke RAM DDR2, Harga Melonjak 60%
Industri semikonduktor kini berdepan krisis luar biasa apabila memori DDR2, teknologi yang diperkenalkan sejak 2003 turut mengalami lonjakan harga mendadak. Pada suku kedua 2026, harga DDR2 meningkat antara 55 sehingga 60%, dan dijangka akan naik lagi 35–40% pada suku ketiga. Keadaan ini berlaku kerana pengeluar utama seperti Samsung, SK Hynix dan Micron mengalihkan kapasiti wafer…
