Paras air di Amazon Brazil kembali pulih pada tahun 2025 berikutan kemarau teruk selama dua tahun berturut-turut, namun prospek jangka panjang kekal “membimbangkan,” menurut sebuah rangkaian pemantauan dalam laporan yang diterbitkan pada Selasa. Brazil memiliki kira-kira 12 peratus daripada bekalan air tawar di planet ini, di mana hampir dua pertiga daripadanya ditemui di wilayah Amazon….
WhatsApp Uji Ciri Jadualkan Mesej Di iOS
WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan ciri “schedule message” di iOS yang membolehkan pengguna menetapkan masa untuk menghantar mesej. Mengikut laporan, pengguna perlu tekan dan tahan butang hantar (tap and hold) untuk menjadualkan teks yang ingin dihantar. Dari segi tempoh, ia boleh dijadualkan dalam tempoh minimum 10 minit sehingga 2 minggu. Ia bukan sahaja boleh digunakan dalam…
AT&S Perluas Operasi Di Kulim Susulan Peningkatan Permintaan AI
AT&S mengumumkan pelaburan bernilai antara €1.5 bilion hingga €2 bilion (sekitar RM7.05 bilion hingga RM9.4 bilion) untuk memperluaskan operasi pembuatannya di Kulim, Kedah, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap infrastruktur kecerdasan buatan (AI). Perluasan itu merangkumi pemasangan kemudahan bagi Loji 2 serta pembinaan fasiliti baharu untuk pengeluaran teras substrat litar bersepadu (IC substrate cores)…
Sekatan Claude Fable 5 Mungkin Kerana AS Takut Dengan China
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dipercayai mengarahkan Anthropic untuk menghentikan akses Fable 5 beberapa hari lepas kepada awam kerana khuatir ia telah diakses oleh sesetengah pihak yang dikaitkan dengan kerajaan China, menurut laporan. Jika anda ketinggalan, Fable 5 ialah model daripada kelas Mythos namun versi yang dikawal ketat dan selamat untuk semua. Bukan hanya di sebalik…
Media Sosial Dan Video Kini Pintas Saluran Berita Tradisional
Pengunaan media sosial dan platform video kini secara rasmi telah memotong saluran media tradisional sebagai sumber rujukan maklumat serta berita paling popular di peringkat global. Menerusi Laporan Berita Digital 2026 yang diterbitkan oleh Reuters Institute di bawah University of Oxford, tahun ini menandakan satu batu aras bersejarah apabila kadar kebergantungan masyarakat dunia terhadap platform digital…
Simulator Penerbangan Google Earth Kini Boleh Diakses Melalui Versi Web
Google kini membolehkan pengguna mengakses simulator penerbangan dalam Google Earth terus melalui pelayar web, tanpa perlu memuat turun aplikasi desktop seperti sebelum ini. Ciri tersebut sebenarnya telah diperkenalkan dalam Google Earth sejak 2007, namun ia sebelum ini tersembunyi dalam versi desktop dan hanya boleh diaktifkan menggunakan pintasan Ctrl+Alt+A. Disebabkan itu, ramai pengguna mungkin tidak menyedari…
