Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa mengarahkan Meta supaya membuka semula akses WhatsApp kepada chatbot AI pihak ketiga secara percuma dalam tempoh lima hari bekerja sementara siasatan antitrust terhadap syarikat itu masih berlangsung, atau berdepan risiko dikenakan denda yang besar. Meta berkata pihaknya akan membuat rayuan terhadap arahan tersebut. Ia susulan pelancaran siasatan EU pada Disember…
Be U Akan Ditamatkan, Ini Cara Tutup Akaun Dan Pindahkan Baki Wang
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, aplikasi Be U akan ditamatkan sepenuhnya dan pengguna perlu beralih ke BIMB Mobile untuk terus mengakses perkhidmatan perbankan Bank Islam. Susulan peralihan tersebut, Bank Islam kini menggesa pengguna untuk menutup akaun Be U serta memindahkan baki wang yang masih ada menjelang 31 Julai 2026. Menurut maklumat yang dikongsikan, proses tersebut…
AMD Jangka Harga DDR5 Kembali Normal Dalam 2 Tahun
AMD meramalkan harga memori DDR5 akan mengambil masa sekitar dua tahun untuk kembali ke tahap normal. Dalam temu bual eksklusif dengan 4Gamers semasa Computex 2026, David McAfee, Naib Presiden & Pengurus Besar AMD Global Saluran Pelanggan & Kumpulan Perniagaan Grafik, berkata permintaan AI yang sangat tinggi telah menyebabkan kekurangan bekalan DDR5 dan mendorong harga naik…
Apple Umum Bundle, Suite Untuk App Store – Gabungkan Beberapa Langganan Aplikasi Dalam Satu Pelan
Apple mengumumkan perubahan baharu untuk App Store yang akan membolehkan pembangun menawarkan pakej langganan merangkumi beberapa aplikasi dalam satu pelan. Ciri ini diperkenalkan sempena WWDC 2026 dan dilihat membawa konsep yang sudah biasa digunakan oleh perkhidmatan penstriman ke ekosistem aplikasi. Melalui Bundle, pembangun kini boleh bekerjasama dengan pembangun lain untuk menggabungkan beberapa langganan aplikasi dalam…
Aplikasi Telegram Kini Kembali Ke Apple Watch
Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov, mengumumkan bahawa aplikasi Telegram untuk Apple Watch kini tersedia dengan pengalaman yang dibangunkan sepenuhnya untuk watchOS. Untuk menggunakannya, pengguna perlu mengimbas kod QR melalui aplikasi Telegram di iPhone, sama seperti proses log masuk pada peranti atau platform lain. Bagi akaun yang menggunakan perlindungan tambahan, pengguna juga perlu memasukkan kata…
GIGABYTE Perluas Ekosistem ‘AI TOP’ – Sedia Superkomputer Tempatan Siri AI TOP 100 B850
GIGABYTE memperluas penawaran ekosistem AI TOP mereka dalam acara Computex 2026 baru-baru ini. Berpaksikan visi “Create Your Own AI on Your Own Desk”, AI TOP merupakan sebuah ekosistem pengkomputeran AI tempatan yang menggabungkan perkakasan khas serta sistem yang dioptimumkan untuk memudahkan pembinaan dan penggunaan model kecerdasan buatan tanpa bergantung kepada storan awan. Sorotan utama tertumpu…
