Jepun berhasrat untuk menggantikan sehingga 14 reaktor nuklear yang usang menjelang dekad 2050-an, lapor media tempatan pada hari Jumaat, ketika Tokyo dilihat semakin menerima semula tenaga atom selepas lebih 15 tahun berlakunya krisis loji nuklear Fukushima. Laporan mengenai rancangan oleh kementerian perindustrian itu muncul ketika Jepun sedang kesuntukan masa untuk memastikan kapasiti penjanaan kuasa yang…
Anthropic Kini Gesa Pembangunan AI Global Dihentikan Sementara
Syarikat kecerdasan buatan, Anthropic, pada hari Khamis mencadangkan agar pembangunan sistem AI yang paling berkuasa dihentikan sementara secara global, memandangkan model-model terbaharu kini mula menunjukkan tanda-tanda bahawa ia boleh terlepas daripada kawalan manusia. Syarikat yang berpangkalan di San Francisco dan menghasilkan rangkaian model AI Claude itu menyatakan dalam satu laporan bahawa memperlahankan pembangunan AI termaju…
New York Mohon Sekat Pembinaan Pusat Data Baharu Selama Setahun
Badan perundangan New York telah meluluskan satu rang undang-undang pada malam Khamis yang akan menghalang pengeluaran permit bagi pembinaan pusat data baharu selama setahun, sekali gus berpotensi menjadi undang-undang pertama seumpamanya di Amerika Syarikat. Rang undang-undang itu kini diserahkan kepada Gabenor New York, Kathy Hochul, yang mempunyai pilihan sama ada untuk menandatanganinya bagi dikuatkuasakan sebagai…
HOT 70, Telefon Mampu Milik Terbaru Infinix Berharga Serendah RM649
Infinix memperkenalkan HOT 70 di Malaysia pada harga RM649, sekali gus menjadikannya telefon pintar Android mampu milik terkini di pasaran tempatan. Telefon ini hadir dengan kemasan Baby-Smooth yang tahan cap jari serta edisi Green Texture berinspirasikan corak daun berlapis dengan menampilkan reka bentuk baharu Dynamic Shine Design yang menyerlahkan gaya dan personaliti pengguna muda. Dikuasakan…
ChatGPT Mula Terima Sistem Memori Baharu, Lebih Relevan
OpenAI mengumumkan penambahbaikan baharu pada sistem memori ChatGPT yang direka untuk menjadikan chatbot itu lebih relevan dan berguna dalam jangka panjang. Menurut OpenAI, sistem baharu ini dibangunkan bagi mengatasi beberapa cabaran utama berkaitan ciri memori, termasuk maklumat yang lapuk, ketepatan maklumat yang disimpan serta keupayaan untuk beroperasi pada skala yang lebih besar melibatkan ratusan juta…
Google Perkenal ‘Search Profiles’ Untuk Pencipta Kandungan
Google kini memperkenalkan Search Profiles, satu ciri baharu yang membolehkan pencipta kandungan membina halaman profil khusus di Google Search dan menyatukan jejak digital mereka. Melalui Search Profiles, pengguna boleh melihat maklumat seperti biografi, akaun media sosial, laman web, pautan dan kandungan yang dihasilkan daripada sesuatu penerbit atau pencipta kandungan dalam satu halaman khusus. Google berkata…
