Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jerman Rancang Bangunkan ‘Pertahanan Siber Aktif’ Melawan Dan Musnahkan Infrastruktur Penyerang

Jerman pada Selasa mengumumkan rancangan untuk membangunkan “pertahanan siber aktif” bagi membalas peningkatan mendadak serangan dalam talian, yang kini menjadi lebih berbahaya dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI). Menteri Dalam Negeri, Alexander Dobrindt berkata beliau akan membawa undang-undang baharu ke kabinet bulan ini bagi membolehkan agensi keselamatan bertindak balas terhadap pelayan (server) yang digunakan dalam serangan…

Android Auto Kini Lebih Pintar: Google Maps 3D, Integrasi Gemini Dan Sokongan Video YouTube

Google secara rasmi mengumumkan kemas kini terbesar bagi ekosistem automotifnya, merangkumi Android Auto dan sistem Google terbina yang kini terdapat pada lebih 100 model kenderaan. Evolusi terbaharu ini membawakan perubahan estetik melalui reka bentuk Material 3 Expressive yang menawarkan animasi lebih lancar, hiasan latar boleh ubah, serta penggunaan widget pada skrin utama. Kemas kini ini…

Google Perkenal Gemini Intelligence Untuk Android

Google hari ini memperkenalkan Gemini Intelligence, satu set ciri baharu yang menjadikan Android lebih pintar dan lebih proaktif dalam membantu pengguna menyelesaikan tugasan harian. Automasi tugasan merentasi aplikasi Salah satu keupayaan Gemini Intelligence ialah automasi tugasan berbilang langkah merentasi aplikasi. Sebagai contoh, Gemini boleh mencari maklumat dalam Gmail, menambah item ke dalam troli beli-belah, atau…

Media Sosial Dominasi Pendapatan Iklan, TV Tradisonal Pula Akan Terus Merosot

Industri media global sedang memasuki era transformasi besar. Berdasarkan laporan Omdia, hasil gabungan TV tradisional dan video dalam talian dijangka akan melepasi $1 trilion menjelang 2030, meningkat daripada $775 bilion pada 2025. Pendorong utama kepada pertumbuhan ini ialah iklan video dalam talian, khususnya melalui platform sosial seperti Meta, TikTok dan YouTube. Omdia menjangkakan, pengiklanan di…

Todak, Dron Kamikaze Tempatan Akan Diuji Bulan Depan

Pembangunan dron kamikaze buatan tempatan, Todak, keluaran Mindmatics Sdn Bhd kini memasuki fasa akhir dan bersedia untuk penerbangan ujian rasmi pertamanya bulan depan. Memetik laporan Bernama, Ketua Projek Mindmatics Syed Firdaus Sayed Rohani berkata penerbangan ujian berkenaan bertujuan menguji kemampuan sebenar dron itu ketika beroperasi. Antara aspek yang akan diuji kelak termasuk jarak operasi penerbangan,…

Cara Gelapkan Lagi Tahap Kecerahan Skrin Android Agar Mata Lebih Selesa

Ramai pengguna Android hanya bergantung pada slider kecerahan biasa bagi mengurangkan atau menguatkan kecerahan skrin peranti, walhal sebenarnya ada fungsi tersembunyi yang boleh menjadikan skrin digelapkan untuk pengalaman penggunaan lebih selesa. Ciri yang dikenali sebagai Extra Dim ini membolehkan skrin menjadi lebih malap daripada tahap minimum biasa, sesuai digunakan ketika berada dalam bilik gelap atau sebelum…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,586
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress