Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
social media 2024

Media Sosial Dominasi Pendapatan Iklan, TV Tradisonal Pula Akan Terus Merosot

Diterbitkan Mei 12, 2026 oleh ariff bukhari

Industri media global sedang memasuki era transformasi besar.

Berdasarkan laporan Omdia, hasil gabungan TV tradisional dan video dalam talian dijangka akan melepasi $1 trilion menjelang 2030, meningkat daripada $775 bilion pada 2025.

Pendorong utama kepada pertumbuhan ini ialah iklan video dalam talian, khususnya melalui platform sosial seperti Meta, TikTok dan YouTube.

Media Sosial Dominasi Pendapatan Iklan, TV Tradisonal Pula Akan Terus Merosot

Omdia menjangkakan, pengiklanan di platform video sosial dijangka melonjak daripada $309 bilion pada 2025 kepada $640 bilion pada 2030.

Jumlah itu sekali gus merangkumi lebih separuh daripada jumlah keseluruhan pendapatan iklan di kedua-dua platform.

Malah, sekitar $400 bilion hasil iklan penstriman akan datang daripada platform sosial sahaja.

Ini menandakan peralihan kuasa besar daripada model tradisional kepada digital, dengan pengiklanan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan platform.

Sementara pendapatan dari pengiklanan di TV tradisional pula akan terus merosot akibat fenomena cord-cutting dan migrasi penonton ke platform digital.

Hasil pendapatan iklan dari TV dijangka turun daripada $123 bilion kepada $113 bilion.

Maria Rua Aguete dari Omdia menegaskan bahawa iklan video sosial kini menjadi “kuasa dominan” pengiklanan dalam kandungan.

Dengan capaian pengguna yang tinggi dan algoritma pintar, platform sosial bukan sahaja menarik bajet iklan baharu, tetapi juga menggantikan saluran digital tradisional.

Kesimpulannya, menjelang 2030, landskap hiburan global akan berpusat pada platform sosial dan iklan video digital, menjadikan media tradisional semakin terpinggir.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • WhatsApp Mula Paparkan Iklan Dalam Status Kepada Semua Pengguna
  • Google Perkenal Iklan YouTube 30 Saat Tidak Boleh 'Skip' Untuk TV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY