Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Android Kini Boleh Terima Sokongan Kemas Kini Sehingga 8 Tahun

Cara Gelapkan Lagi Tahap Kecerahan Skrin Android Agar Mata Lebih Selesa

Diterbitkan Mei 12, 2026 · Dikemas kini Mei 12, 2026 oleh ariff bukhari

Ramai pengguna Android hanya bergantung pada slider kecerahan biasa bagi mengurangkan atau menguatkan kecerahan skrin peranti, walhal sebenarnya ada fungsi tersembunyi yang boleh menjadikan skrin digelapkan untuk pengalaman penggunaan lebih selesa.

Ciri yang dikenali sebagai Extra Dim ini membolehkan skrin menjadi lebih malap daripada tahap minimum biasa, sesuai digunakan ketika berada dalam bilik gelap atau sebelum tidur.

Ciri ini tersedia dalam telefon pintar Android yang menjalankan versi 16 dan ke atas.

Malah Extra Dim kini digabungkan terus dalam slider kecerahan untuk mudah diaktifkan pada telefon Google Pixel di mana apabila ditarik ke tahap paling rendah, ia akan diaktifkan secara automatik.

Tapi bagi telefon lAndroid pula, seperti Nothing Phone 3, ia boleh ditemui di Settings > Accessibility > Di bawah Display pilih tetapan Extra Dim.

WhatsApp Image 2026-05-12 at 16.06.47

Selain itu, pengguna juga boleh menambah pintasan Extra Dim pada Quick Settings untuk mengaktifkannya dengan cepat.

Terdapat juga slider intensiti untuk melaras tahap malap mengikut keselesaan.

WhatsApp Image 2026-05-12 at 16.08.54

APa yang dapat disimpulkan, Extra Dim ialah ciri kecil tetapi penting untuk kesihatan mata, terutama bagi mereka yang kerap menggunakan telefon dalam suasana gelap.

Jadi, jika anda belum mengaktifkannya, bolehlah mencubanya sekarang.

Selamat mencuba.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • 5 Telefon Best Untuk Bajet Bawah RM2,000
  • Windows 11 Rupanya Ada Ciri Pengurusan Storan Automatik, Ini Cara Aktifkannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY