Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengeluaran Biodiesel B15 Melalui 19 Loji Berlesen Bermula Jun Ini – Ahmad Zahid

Kerajaan memutuskan biodiesel B15 akan mula dikeluarkan melalui 19 loji pengeluaran berlesen bermula 1 Jun ini, sebagai sebahagian usaha membantu menurunkan harga diesel di negara ini. Memetik laporan Bernama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengeluaran biodiesel dibuat secara berperingkat. Pelaksanaan akan dimulakan dengan B15, sebelum ditingkatkan kepada B20 dan seterusnya…

63% Pelanggan Proton Beralih Dari ICE Ke e.MAS 7 PHEV

Kenaikan kos bahan api dan pengurangan kuota subsidi BUDI95 mendorong rakyat Malaysia beralih kepada mobiliti elektrik yang lebih menjimatkan. Proton yang telah pun melancarkan model e.MAS 7 PHEV berkata, 63% pelanggan e.MAS 7 PHEV mereka sebelumnya menggunakan kenderaaan enjin pembakaran (ICE). “Ini menunjukkan peralihan yang jelas ke arah mobiliti elektrik, apabila rakyat Malaysia semakin melihat…

Pengguna Windows 11 Kini Disaran Muatkan 32 GB RAM Ke Dalam PC

Walaupun Microsoft hanya menetapkan 4 GB RAM sebagai keperluan minimum untuk PC moden bagi menjalankan sistem Windows 11, tetapi pengguna kini disaran untuk melengkapkan PC mereka dengan kapasiti RAM minimum sebanyak 32 GB sebagai pilihan jangka panjang. Saranan ini pula lebih diberatkan kepada pengguna yang melaksanakana tugasan berat seperti gamer tegar PC dan lain-lain. Cadangan…

Pra-Tempah vivo X300 Ultra & FE Kini Dibuka, Tawar Rebat Tunai RM900 Dan Ganjaran Eksklusif

vivo Malaysia kini memulakan tempoh pra-tempah bagi dua model terbaharu dalam barisan flagship mereka, iaitu vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE. Bermula sekarang sehingga 22 Mei 2026, pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menarik, termasuk rebat tunai dan aksesori fotografi premium. Bagi model andalan vivo X300 Ultra, pembeli bakal menerima rebat…

MyNIISe Akan Dilaksana Sepenuhnya September Ini – Saifuddin Nasution

Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) akan dilaksanakan sepenuhnya pada September ini, seiring pengenalan MyKad dengan peningkatan ciri keselamatan yang dijadualkan bermula Jun. Memetik laporan Bernama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelaksanaan ini menjadi detik penting bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memperkemas pengurusan identiti negara serta memastikan pergerakan rakyat dapat diuruskan…

myFirst Buka Kedai Pengalaman Flagship Pertama Di Malaysia, Tawar Ekosistem Teknologi Selamat Untuk Kanak-Kanak

myFirst, jenama yang memfokuskan kepada ekosistem teknologi kanak-kanak, secara rasmi melancarkan dua kedai pengalaman flagship pertamanya di Malaysia yang terletak di Sunway Pyramid dan IOI City Mall. Pembukaan kedai fizikal ini menandakan pencapaian penting dalam pengembangan runcit jenama tersebut, dengan menyediakan ruang interaktif yang direka khusus untuk keluarga meneroka teknologi yang selamat dan bersesuaian dengan…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,571
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress