Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Biodiesel B100: Diesel 100% Sawit, Jauh Lebih Murah Dari Diesel Konvensional

Pengeluaran Biodiesel B15 Melalui 19 Loji Berlesen Bermula Jun Ini – Ahmad Zahid

Diterbitkan Mei 5, 2026 · Dikemas kini Mei 5, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan memutuskan biodiesel B15 akan mula dikeluarkan melalui 19 loji pengeluaran berlesen bermula 1 Jun ini, sebagai sebahagian usaha membantu menurunkan harga diesel di negara ini.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengeluaran biodiesel dibuat secara berperingkat. Pelaksanaan akan dimulakan dengan B15, sebelum ditingkatkan kepada B20 dan seterusnya berpotensi mencapai B50 dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

“Pendekatan ini dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan harga minyak sawit mentah tidak memberikan tekanan kepada kos pengeluaran biodiesel,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata biodiesel berasaskan kelapa sawit dilihat berpotensi menjadi pemangkin baharu kepada ekonomi desa, bukan sekadar memenuhi agenda tenaga negara.

Beliau menambah, inisiatif ini membuka peluang untuk menghubungkan kekuatan komoditi negara dengan pembangunan ekonomi desa.

Dalam konteks lebih luas, peralihan kepada biodiesel berasaskan sawit ini turut selari dengan perkembangan di peringkat lebih tinggi. Biodiesel B100, bahan api tulen 100% berasaskan minyak sawit, sudah pun menunjukkan hasil positif menerusi ujian rintis yang dijalankan oleh FELDA dan FGV. Sementara menanti dasar diperhalusi, B100 dijangka akan dilaksanakan dalam ekosistem dalaman FELDA terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke peringkat nasional.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Kerajaan Teliti Cadangan Guna MyKad Untuk Pembelian Minyak Masak Bersubsidi
  • Biodiesel B100: Diesel 100% Sawit, Jauh Lebih Murah Dari Diesel Konvensional
  • Dari Perut Bumi Ke Stesen Minyak, Proses Teknologi Rantaian Bekalan Petrol Yang Sangat Kompleks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY