Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PlayStation Kenakan DRM 30 Hari, ‘Game’ Digital Tak Boleh Main Jika Tak Sambung Ke Internet

Ramai pengguna PlayStation kecewa selepas mendapati bahawa permainan digital baharu yang dibeli di PlayStation Store kini mempunyai sekatan lesen 30 hari. Mulai sistem kemas kini terbaru, semua permainan digital PS4 dan PS5 yang dibeli baharu perlu disahkan (validate) secara dalam talian (online) sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari. Jika tidak, permainan tersebut tidak boleh dimainkan sehingga…

Semua Laptop Yang Dijual Di EU Kini Wajib Patuh Peraturan Baru

Selepas dicadangkan pada 2021 dahulu, Kesatuan Eropah (EU) kini mula menguatkuasakan peraturan baharu yang mewajibkan semua komputer riba yang dijual di sana menyokong pengecasan USB-C. Peraturan yang bermula 28 April 2026 ini menyusul selepas arahan yang sama yang telah dikenakan ke atas telefon pintar, tablet, kamera, fon kepala, konsol permainan dan pembesar suara mudah alih…

Melaka Sedang Transformasikan 4 Tanah Perkuburan Jadi Kubur Digital

Selepas mengumumkan untuk memperkenalkan sistem “Kubur Digital”, Kerajaan Negeri Melaka memaklumkan bahwa mereka kini sedang mentransformasikan sebanyak 4 tanah perkuburan sebagai perintis kepada inisiatif Kubur Digital. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memaklumkan, 4 tanah perkuburan yang terlibat adalah: Tanah perkuburan Kampung Hilir (427 kubur); Tanah Perkuburan Kampung Seri Tambak (319 kubur); Tanah…

AFP, Gemini

Pentagon Dilaporkan Boleh Guna AI Google Untuk “Apa-Apa Tujuan Yang Sah”

Google dan Jabatan Pertahanan AS dilaporkan telah menandatangani satu perjanjian yang membolehkan Pentagon menggunakan model AI Google bagi kerja-kerja sulit, menurut seorang individu yang mengetahui situasi tersebut. Perjanjian itu membenarkan Pentagon menggunakan AI Google untuk “apa-apa tujuan kerajaan yang sah,” menurut sumber berkenaan — mengulangi frasa yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dalam perbincangan antara syarikat…

AFP

Keuntungan Spotify Meningkat, Kini Miliki 761 Juta Pengguna Aktif Setiap Bulan

Spotify dalam laporan pendapatan syarikat bagi suku pertama 2026 memaklumkan mereka kini mencatat pencapaian luar biasa dengan jumlah pengguna aktif bulanan (MAU) seramai 761 juta. Jumlah itu meningkat 12% berbanding tahun lalu sekali gus menandakan kejayaan besar dalam usaha syarikat itu memperluas capaian globalnya. Lebih menarik, 293 juta daripadanya ialah pelanggan Premium, menunjukkan kadar peralihan…

Aplikasi Photos Dalam iOS 27 Dijangka Terima Ciri Suntingan Baharu Berasaskan AI

Apple dilaporkan akan menambah ciri suntingan foto berasaskan Apple Intelligence ke dalam aplikasi Photos menerusi iOS 27, iPadOS 27 dan macOS 27. Menurut laporan Bloomberg, aplikasi Photos akan menyertakan bahagian khas “Apple Intelligence Tools”. Melalui menu ini, pengguna dikatakan akan diberikan tiga pilihan utama untuk mengubah foto dengan lebih pantas. Fungsi “Extend” membolehkan pengguna menambah…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,564
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress