Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation 30 day limit.jpeg

PlayStation Kenakan DRM 30 Hari, ‘Game’ Digital Tak Boleh Main Jika Tak Sambung Ke Internet

Diterbitkan April 29, 2026 · Dikemas kini April 29, 2026 oleh Amsyar Latif

Ramai pengguna PlayStation kecewa selepas mendapati bahawa permainan digital baharu yang dibeli di PlayStation Store kini mempunyai sekatan lesen 30 hari.

Mulai sistem kemas kini Mac 2026, semua permainan digital PS4 dan PS5 yang baharu dibeli perlu disahkan (validate) secara dalam talian (online) sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari.

Jika tidak, permainan tersebut tidak boleh dimainkan sehingga konsol disambung semula ke internet. Tetapan “Activate as Primary Console” tidak lagi membebaskan pengguna daripada syarat ini.

https://x.com/xMBGx/status/2048840321182626122?s=20

Beberapa pengguna dan YouTuber termasuk @xMBGx dan @NikTek telah mengesahkan isu ini melalui tangkap layar yang dikongsikan.

Malah apabila menghubungi sokongan khidmat pelanggan PlayStation, beberapa pengguna diberitahu bahawa ini adalah “ciri teknikal” untuk semakan lesen secara berkala, bukan pepijat.

https://x.com/NikTek/status/2048903720247959902?s=20

Isu ini hanya melibatkan permainan digital yang dibeli selepas kemas kini Mac 2026. Permainan lama yang dibeli sebelum tarikh tersebut masih tidak terjejas.

Anda tidak kehilangan permainan digital tersebut jika tak sambung ke internet, cuma tidak boleh mainkannya sahaja.

https://x.com/Metaload_ES/status/2049247637379981766?s=20

Namun, reaksi komuniti agak panas. Ramai pengguna melabelkan langkah ini sebagai DRM yang terlalu ketat dan mengingatkan era Xbox One yang pernah ditolak teruk.

Ada yang nekad untuk beralih membeli salinan fizikal sahaja, manakala sesetengahnya bimbang jika mereka tinggal di kawasan internet kurang stabil atau pergi bercuti panjang.

Setakat ini, Sony belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini. Tiada penjelasan diberikan sama ada ini adalah dasar tetap atau sekadar ujian.

Saya berpendapat ini adalah langkah Sony untuk mengekang perkongsian akaun untuk permainan digital yang dilihat sudah lama berlaku di mana di Malaysia sebagai contoh, pengguna boleh membeli permainan digital melalui Shopee dengan harga lebih murah.

Oleh yang demikian, pengguna disarankan untuk kerap menyambung konsol ke internet sekurang-kurangnya sekali sebulan bagi mengelakkan gangguan.

Mereka yang kerap bermain offline mungkin perlu mempertimbangkan untuk membeli versi cakera fizikal.

Berkaitan

  • Steam Keluarkan Notis - Anda Hanya Beli Lesen, Bukan ‘Game’
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Sony Naikkan Harga PS5 Di Malaysia Bermula Mei - Kini Dari RM2,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY