Rockstar Games mengesahkan sebahagian kecil datanya telah terjejas susulan serangan siber yang melibatkan penyedia perkhidmatan pihak ketiga. Menurut laporan Cybersec Guru dan Hackread, pada 11 April lalu, kumpulan penggodam ShinyHunters mendakwa telah mendapat akses kepada data Rockstar melalui perkhidmatan Anodot yang disambungkan ke sistem Snowflake, sebuah platform penyimpanan data awan popular yang digunakan oleh kebanyakan…
Amazon Perkenal Prime Video Ultra Di AS, Hanya $4.99 Sebulan
Amazon memperkenalkan Prime Video Ultra, menggantikan langganan bebas iklan di Amerika Syarikat dengan harga $4.99 sebulan atau $45.99 setahun. Pelan langganan Amazon baharu ini menawarkan pengalaman menonton tanpa iklan, kualiti 4K/UHD, serta sokongan Dolby Vision dan Dolby Atmos tanpa kos tambahan. Selain itu, pengguna boleh menonton sehingga 5 peranti serentak dan memuat turun sehingga 100…
Penyelidik UMS Temui Spesies Kulat ‘Bertanduk’ Pertama Di Dunia
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta sejarah apabila menemukan spesies kulat baharu yang menyerupai tanduk di Kawasan Pemuliharaan Danum Valley di Lahad Datu, baru-baru ini. Memetik laporan Bernama, spesies yang dinamakan Pleurocordyceps cornusynnemata itu disahkan sebagai penemuan pertama seumpamanya di dunia menerusi penerbitan dalam jurnal taksonomi antarabangsa Phytotaxa. Menurut Prof Madya Dr Jaya…
Siri HONOR 600 Akan Tiba Di Malaysia 22 April 2026
Malaysia akan menjadi pasaran pertama untuk pelancaran siri HONOR 600 pada 22 April 2026, lebih awal berbanding China dan pasaran global lain. Perkara ini diumumkan selepas siri tersebut didedahkan secara rasmi baru-baru ini. Siri ini akan membawakan naik taraf dalam keupayaan AI, khususnya melalui ciri AI Image to Video 2.0. Ia membolehkan pengguna menukar gambar…
Harga Bakal Naik, Pengguna Dijangka Tangguh Beli Telefon Baru
Pasaran telefon pintar dunia mencatatkan pertumbuhan sederhana sebanyak 1% pada suku pertama 2026, sedikit melebihi jangkaan. Namun, peningkatan ini banyak dipacu oleh strategi vendor yang mempercepatkan inventori sebelum kos komponen melonjak. Kos memori dan storan kini meningkat dengan mendadak, dan vendor masih belum melaksanakan sepenuhnya kenaikan harga runcit di semua pasaran. Harga DRAM dan NAND…
UK Kini Mempunyai Lebih Banyak Pengecas EV Awam Berbanding Stesen Minyak
Satu pencapaian penting dalam peralihan kepada mobiliti hijau telah berlaku di United Kingdom. Menurut laporan Department for Transport (DfT) UK (Februari 2026) dan data Zapmap, jumlah pengecas kenderaan elektrik (EV) awam kini jauh melebihi bilangan stesen minyak. Data rasmi sehingga 1 Januari 2026 menunjukkan terdapat 116,052 pengecas EV awam di UK, berbanding anggaran 60,802 stesen…
