Gergasi teknologi China, Huawei, melaporkan pertumbuhan pendapatan yang perlahan tahun lalu, menurut laporan tahunan yang dikeluarkan pada Selasa, ketika jualan peranti pengguna syarikat itu mendatar dalam suasana penggunaan domestik yang lemah. Huawei mencatatkan hasil sebanyak 880.9 bilion yuan (AS$126 bilion) pada 2025, meningkat 2.2 peratus berbanding 862 bilion yuan pada tahun sebelumnya, kata syarikat itu….
Insta360 Lancar Aksesori Skrin Swafoto Berharga ~RM400
Insta360 melancarkan Snap Selfie Screen, aksesori untuk telefon pintar bagi memudahkan pengguna mengambil swafoto menggunakan kamera belakang. Skrin sentuh 3.5 inci ini berfungsi secara plug-and-play melalui sambungan USB-C, tanpa perlu dicas atau menggunakan Bluetooth. Dengan rekaan ultra-nipis (7.3mm standard, 8.2mm dengan lampu) dan sistem magnetik menjadikannya mudah dibawa dan pemasangan pantas. Untuk versi dengan lampu,…
Anthropic Secara Tak Sengaja Bocorkan Kod Sumber Claude Code
Anthropic secara tidak sengaja membocorkan kod sumber Claude Code dalam kemas kini terbaru versi 2.1.88 di NPM, termasuk fail 60MB cli.js.map yang mengandungi kira-kira 500,000 baris kod dan 1,900 fail. Dalam kenyataan kepada BleepingComputer, Anthropic mengesahkan kebocoran itu dan menegaskan tiada maklumat peribadi atau sensitif didedahkan. “Awal hari ini, satu pelepasan Claude Code termasuk beberapa…
Meta Lancar Dua Cermin Mata Pintar Ray-Ban, Kini Sokong Hampir Semua Preskripsi
Meta kini melancarkan dua cermin mata pintar Ray-Ban baharu yang dioptimumkan untuk pengguna berkaca mata preskripsi. Dua rekaan diperkenalkan iaitu Blayzer dengan bentuk segi empat tepat serta Scriber yang lebih bulat, bersama empat pilihan warna bingkai. Menurut Meta, model ini menyokong hampir semua jenis preskripsi. Kedua-duanya ditawarkan dalam binaan ringan dan direka untuk keselesaan sepanjang…
TCL Akan Ambil Alih 100% Pegangan Sony EMCS Malaysia
Sony kini mengesahkan perjanjian muktamad bagi kerjasama strategik dalam perniagaan hiburan rumah bersama TCL. Di bawah perjanjian ini, TCL akan membayar kira-kira 75.4 bilion yen (~RM1.92 bilion) bagi memperoleh pegangan 51% dalam usaha sama baharu yang dinamakan Bravia Inc., manakala Sony akan memegang baki 49%. Melalui penstrukturan ini, Bravia Inc. akan mengambil alih perniagaan hiburan…
WhatsApp Mula Papar Gambar Dari ‘Contacts’ Jika Profil Kosong
Sejak minggu lalu, sebilangan pengguna melaporkan gambar profil WhatsApp yang kosong digantikan dengan gambar daripada Apple Account atau yang disimpan dalam senarai kenalan. Terbaharu, laporan WABetaInfo mengesahkan perkara ini merupakan ciri baharu yang kini sedang diperkenalkan kepada penguji WhatsApp beta versi iOS. Melalui ciri ini, jika seseorang tidak menetapkan gambar profil, WhatsApp akan secara automatik memaparkan…
