Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Astro Turunkan Lebih 1.1 Juta Pautan Haram

Astro terus aktif memerangi cetak rompak dalam talian sepanjang tahun kewangan 2026 (FY26), selari dengan usaha bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta rakan industri lain, bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengakses kandungan melalui platform sah dan selamat. Menurut Astro, syarikat telah mengalih keluar lebih 1.1 juta pautan haram, termasuk 1,667 kumpulan Telegram dengan jumlah…

Malaysia Sertai Esports Nations Cup 2026, MESF Dilantik Sebagai Rakan Pasukan Nasional

Persatuan Esports Malaysia (MESF) kini secara rasmi menyertai rangkaian global lebih 100 buah negara untuk membentuk pasukan kebangsaan bagi menghadapi Esports Nations Cup 2026 (ENC). Kejohanan berasaskan negara ini dijadualkan berlangsung buat julung kalinya di Riyadh pada 2 hingga 29 November 2026. Pelantikan MESF oleh The Esports Foundation (EF) ini adalah berdasarkan rekod cemerlang mereka…

Penggunaan Tenaga Untuk Pusat Data Dijangka Meningkat Bersamaan 50 Juta Isi Rumah

Permintaan elektrik dunia dijangka melonjak antara 2024 hingga 2030, dipacu oleh pelbagai sektor. Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), industri bukan berat akan menyumbang peningkatan terbesar sebanyak 1,533 TWh, diikuti oleh pengangkutan elektrik (+838 TWh), peralatan rumah (+757 TWh), dan penyejukan ruang (+651 TWh). Penggunaan tenaga bagi semua jenis pusat data pula, yang menjadi tulang belakang…

Google Gemini Kini Boleh Bina Lagu Lengkap Hingga 3 Minit

Google baru sahaja mengumumkan Lyria 3 Pro, model penjanaan muzik paling canggih mereka setakat ini. Peningkatan paling ketara adalah kebolehannya untuk menghasilkan trek muzik yang lebih panjang daripada hanya 30 saat sebelum ini kepada 3 minit dalam satu sesi penjanaan. Apa yang membezakan Lyria 3 Pro dengan model lain adalah pemahaman mendalamnya terhadap struktur muzik….

AS Didapati Penyumbang Terbesar Kerosakan Iklim Global

Kos ekonomi akibat pelepasan karbon adalah jauh lebih tinggi daripada anggaran sebelum ini, menurut satu kajian baharu pada Rabu yang mengaitkan pencemar utama dengan kerosakan berkaitan iklim bernilai puluhan trilion dolar di seluruh dunia. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature itu mengukur bagaimana pemanasan yang disebabkan manusia menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan menetapkan bahagian kerosakan global…

Android Kini Platform Mudah Alih Paling Laju Untuk Layari Web – Google

Google mengumumkan Android kini merupakan platform mudah alih paling laju untuk melayari web. Menurut syarikat teknologi itu, peranti flagship Android terkini mengatasi semua pesaing mudah alih lain dalam penanda aras utama seperti Speedometer dan LoadLine. Peranti ini turut menawarkan “tahap respons yang sebelum ini tidak pernah dilihat pada peranti mudah alih”. Sebagai rujukan, Speedometer merupakan…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,508
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress