Thales, syarikat global dalam teknologi sektor Pertahanan, Aeroangkasa dan Siber & Digital yang berpangkalan di Perancis, mencatat sejarah apabila memperkenalkan keselamatan kuantum untuk rangkaian 5G. Sekali gus menjadikannya syarikat pertama di dunia yang berjaya melaksanakan perlindungan pasca-kuantum (PQC). Inovasi ini membolehkan kad SIM dan eSIM sedia ada dinaik taraf secara jauh tanpa menjejaskan perkhidmatan pengguna….
Motorola Razr Fold Peranti Pertama Guna Gorilla Glass Ceramic 3
Corning baru sahaja melancarkan Gorilla Glass Ceramic 3, kaca seramik paling tahan lasak setakat ini yang direka khusus untuk meningkatkan ketahanan telefon pintar terhadap jatuhan dengan Motorola menjadi pengeluar pertama yang mengintegrasikan teknologi ini ke dalam telefon lipat razr terbaharu. Ujian Corning menunjukkan Gorilla Glass Ceramic 3 mampu bertahan jatuhan lebih dua meter ke permukaan…
HONOR Perkenal MagicPad 4, Lebih Nipis Dan Dipacu Snapdragon 8 Gen 5
HONOR memperkenalkan MagicPad 4, tablet premium yang menekankan produktiviti dan ekosistem AI. Diperkenalkan di MWC 2026, Peranti ini hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 di mana HONOR menjanjikan prestasi tablet terbaru ini setara PC tapi dalam reka bentuk ultra nipis. HONOR melakukan perubahan reka bentuk yang ketara pada MagicPad 4 di man ia kini…
Motorola Mahu Bawa GrapheneOS Ke Telefon Pintar Generasi Akan Datang
Motorola mengumumkan kerjasama jangka panjang dengan GrapheneOS Foundation bagi membawa tahap keselamatan dan privasi yang lebih tinggi kepada telefon pintar generasi akan datang. Pengumuman tersebut dibuat sempena Mobile World Congress (MWC), menandakan langkah baharu syarikat itu dalam memperkukuh ekosistem keselamatan peranti mudah alih. GrapheneOS merupakan sistem operasi berasaskan Android Open Source Project (AOSP) yang terkenal…
PICO Perkenal PICO OS 6 Dan Pratonton Headset XR Baharu “Project Swan”
PICO secara rasmi memperkenalkan PICO OS 6, sistem operasi generasi baharu untuk peranti XR (extended reality), bersama pratonton awal set kepala andalan (flagship) akan datang yang dikenali sebagai Project Swan. Menurut PICO, PICO OS 6 merupakan pembinaan semula menyeluruh terhadap sistem operasi spatial yang direka untuk membolehkan aplikasi 2D, pengalaman 3D, persekitaran maya dan dunia…
REDMAGIC 11 Pro Golden Saga & Astra Gaming Tablet Golden Saga Kini Tersedia — Harga Bermula RM5,999
REDMAGIC memperkenalkan edisi pakej eksklusif Golden Saga untuk dua peranti gaming utamanya iaitu REDMAGIC 11 Pro dan REDMAGIC Astra Gaming Tablet. Edisi terhad ini menampilkan gabungan prestasi tinggi bersama reka bentuk premium menggunakan bahan eksklusif seperti kemasan bersadur emas dan kaca nilam. Siri Golden Saga dibangunkan sebagai koleksi khas yang menonjolkan identiti mewah serta prestasi…
