Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PICO OS 6

PICO Perkenal PICO OS 6 Dan Pratonton Headset XR Baharu “Project Swan”

Diterbitkan Mac 2, 2026 oleh Amsyar Latif

PICO secara rasmi memperkenalkan PICO OS 6, sistem operasi generasi baharu untuk peranti XR (extended reality), bersama pratonton awal set kepala andalan (flagship) akan datang yang dikenali sebagai Project Swan.

Menurut PICO, PICO OS 6 merupakan pembinaan semula menyeluruh terhadap sistem operasi spatial yang direka untuk membolehkan aplikasi 2D, pengalaman 3D, persekitaran maya dan dunia fizikal berfungsi secara serentak dalam satu ekosistem yang lebih lancar.

PICO Global Early Access

Antara komponen utama sistem ini ialah PICO Spatial Engine, iaitu seni bina pemaparan baharu yang memindahkan proses rendering daripada peringkat aplikasi kepada peringkat sistem operasi. Dengan pendekatan ini, OS mampu memaparkan aplikasi 2D, objek 3D serta elemen dunia sebenar secara serentak sambil mengekalkan prestasi responsif.

Melalui PICO OS 6, pengguna juga boleh melakukan spatial multitasking. Sebagai contoh, pengguna boleh bekerjasama pada model 3D bersama rakan sekerja yang hadir sebagai avatar, sambil membuka pelayar web atau nota yang terapung di ruang kerja maya.

PICO turut menekankan ekosistem terbuka dengan sokongan untuk pelbagai platform termasuk OpenXR, WebXR, aplikasi Android, aplikasi web serta PC VR streaming.

Untuk pembangun, syarikat itu memperkenalkan PICO Spatial SDK, plugin Android Studio serta emulator desktop bagi memudahkan pembangunan aplikasi spatial.

PICO Project Swan

Selain itu, PICO turut memberi pratonton kepada Project Swan, set kepala XR generasi baharu yang dijangka dilancarkan secara global pada akhir 2026. Peranti ini akan menggunakan paparan MicroOLED hampir 4000 PPI dengan nilai Pixels Per Degree sekitar 40, menawarkan visual lebih tajam untuk penggunaan profesional.

Project Swan juga menampilkan reka bentuk dwi-cip dengan cip XR khusus untuk pemprosesan sensor serta SoC flagship yang menawarkan peningkatan prestasi CPU dan GPU lebih daripada dua kali ganda berbanding generasi semasa.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Kenali Saintis Malaysia Yang Namanya Diabadikan Pada Spesis Baharu Parasit Ikan Kap
  • BMW Rancang Guna Robot Humanoid Di Kilang Pemasangan Kereta Di Jerman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY