Suruhanjaya Eropah pada Isnin memberi amaran kepada Meta bahawa syarikat itu mesti membenarkan chatbot kecerdasan buatan (AI) pesaing menggunakan platform WhatsApp, selepas satu siasatan antimonopoli mendapati gergasi teknologi Amerika Syarikat itu melanggar peraturan persaingan Kesatuan Eropah (EU). Menurut Suruhanjaya, perubahan terbaharu dalam terma Meta telah “secara berkesan” menghalang pembantu AI pihak ketiga daripada berhubung dengan…
Chatbot AI Didapati Beri Nasihat Kesihatan Tidak Tepat
Jika anda bercadang untuk mendapatkan nasihat daripada “Dr ChatGPT”, mungkin lebih baik fikir dua kali. Walaupun kini mampu lulus kebanyakan peperiksaan pelesenan perubatan, chatbot kecerdasan buatan (AI) masih gagal memberikan nasihat kesihatan yang lebih baik berbanding kaedah tradisional, menurut satu kajian yang diterbitkan pada Isnin. “Walaupun gembar-gembur yang hebat, AI masih belum bersedia untuk mengambil…
Ferrari Perkenal ‘Luce’, EV Berprestasi Direka Dengan Kerjasama Jony Ive
Ferrari hari ini memperkenalkan Ferrari Luce, kereta sport elektrik penuh pertama yang menandakan era baharu dalam sejarah jenama ini. Luce yang bermaksud “cahaya” dalam bahasa Itali, melambangkan visi Ferrari terhadap masa depan. Luce dilancarkan di San Francisco dengan kerjasama LoveFrom iaitu firma reka bentuk yang diasaskan oleh bekas pereka Apple Jony Ive dan Marc Newson,…
Bermula Mac, Pengguna Discord Perlu Pengesahan Umur Untuk Akses Penuh
Discord kini memperkenalkan ciri keselamatan remaja yang lebih ketat untuk semua pengguna di seluruh dunia. Bermula Mac ini, semua pengguna baharu dan sedia ada secara default akan berada dalam pengalaman yang sesuai untuk remaja, dengan tetapan komunikasi yang dikemas kini, akses terhad ke ruang yang mempunyai sekatan umur, serta tapisan kandungan yang mengekalkan privasi. Pengguna…
OpenAI Mula Uji Iklan Dalam ChatGPT Untuk Akaun Percuma, Go
OpenAI kini mula menguji paparan iklan untuk pengguna ChatGPT yang log masuk dengan akaun percuma atau pelan Go di Amerika Syarikat. Bagi pengguna versi percuma, terdapat pilihan untuk menyahaktifkan iklan sebagai pertukaran kepada bilangan mesej harian percuma yang lebih terhad. Kedua-dua pelan ini turut membolehkan pengguna mengawal iklan yang dipaparkan, termasuk menutup iklan, memberikan maklum balas, mengetahui…
Kos Terlalu Tinggi, Projek Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Tidak Diteruskan
Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak meneruskan cadangan pelaksanaan perkhidmatan Transit Aliran Automatik (ART) di Putrajaya susulan kos pelaksanaan yang terlalu tinggi. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Lo Su Fui berkata hasil kajian awal mendapati anggaran kos pelaksanaan ART termasuk pembangunan infrastruktur, sistem, operasi dan penyelenggaraan mencecah RM211.95 juta untuk tempoh 10 tahun….
