Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Transit Aliran Automatik ART Perbadanan Putrajaya_

Kos Terlalu Tinggi, Projek Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Tidak Diteruskan

Diterbitkan Februari 9, 2026 · Dikemas kini Februari 9, 2026 oleh Amalina Athman

Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak meneruskan cadangan pelaksanaan perkhidmatan Transit Aliran Automatik (ART) di Putrajaya susulan kos pelaksanaan yang terlalu tinggi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Lo Su Fui berkata hasil kajian awal mendapati anggaran kos pelaksanaan ART termasuk pembangunan infrastruktur, sistem, operasi dan penyelenggaraan mencecah RM211.95 juta untuk tempoh 10 tahun.

“Kos ini adalah di luar kemampuan kewangan PPj sebagai pihak berkuasa tempatan. Atas dasar tersebut, PPj tidak meneruskan cadangan pelaksanaan ART di Putrajaya serta tiada cadangan untuk peluasan jajaran fasa seterusnya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Namun begitu, Lo menjelaskan PPj sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan keperluan perancangan pengangkutan awam pada masa hadapan, tertakluk kepada kemampuan kewangan dan kelulusan peruntukan, terutamanya bagi menyokong sasaran nisbah penggunaan mod pengangkutan awam dan kenderaan persendirian pada kadar 70:30.

Dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik di Putrajaya, beliau berkata PPj telah melaksanakan langkah penambahbaikan termasuk penyediaan Bas NadiPutra di tujuh laluan yang beroperasi setiap hari, selain penggunaan teksi air sebagai antara pilihan pengangkutan awam.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Pusat Teknologi Geosains PETRONAS Bakal Dibangunkan Di Putrajaya
  • Putrajaya Lepaskan 65,000 Nyamuk Aedes "Ber-Wolbachia" Bagi Perangi Denggi
  • Lampu Isyarat Putrajaya Akan Beralih Kepada Sistem Berasaskan AI
  • Putrajaya Bangunkan Lintasan Pejalan Kaki Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY