China akan melarang penggunaan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula tahun hadapan atas kebimbangan keselamatan, sekali gus menamatkan reka bentuk minimalis yang dipopularkan oleh Tesla. Peraturan baharu itu berpotensi mendorong pengeluar kenderaan di seluruh dunia untuk menilai semula reka bentuk pintu kereta, ketika China semakin memposisikan dirinya sebagai penentu piawaian dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) antarabangsa…
Xcode 26.3 Tambah Sokongan ‘Agentic Coding’ Untuk Pembangunan Aplikasi
Apple kini menambah sokongan agentic coding menerusi Xcode 26.3, membolehkan pembangun menggunakan ejen pengekodan seperti Anthropic Claude Agent dan OpenAI Codex secara terus dalam Xcode untuk membangunkan aplikasi. Dengan sokongan ini, Xcode boleh melaksanakan tugasan pembangunan aplikasi yang lebih kompleks secara autonomi, termasuk memecahkan tugasan, membuat keputusan berdasarkan struktur projek serta menggunakan alat terbina. Ciri baharu…
UiTMSAT-2 Berjaya Dilepaskan Ke Orbit Dari ISS
Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencipta sejarah apabila nanosatelit keduanya, UITMSAT-2, berjaya dilepaskan ke orbit dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 6.52 petang, 3 Februari 2026. UiTMSAT-2 merupakan satelit CubeSat 1U dengan berat sekitar 1.1 kilogram yang dilepaskan melalui modul Japanese Experiment Module (JEM) menggunakan mekanisme JEM Small Satellite Orbital Deployer (J-SSOD). Satelit ini menggunakan jalur…
Konsol, Aksesori Dan Judul Permainan PS5 Terima Diskaun Sehingga 70%
PlayStation hari ini mengumumkan Festival Jualan Tahun Baru PlayStation 2026 dengan menawarkan diskaun sehingga 70% meliputi konsol, aksesori dan judul permainan. Jualan ini yang akan bermula dari 6 hingga 19 Februari ini menawarkan diskaun sebanyak RM240 untuk konsol PS5, RM480 untuk PlayStation VR2, RM90 untuk PS Portal dan diskaun untuk judul permainan popular PS5, seperti…
SpaceX Ambil Alih xAI, Musk Sasar Pusat Data Berasaskan Satelit
Elon Musk menggabungkan syarikat kecerdasan buatan miliknya, xAI, ke dalam SpaceX dalam satu penggabungan strategik yang bertujuan membangunkan pusat data berasaskan angkasa, menurut kenyataan pada Isnin. Pengambilalihan itu menggabungkan keupayaan pelancaran roket SpaceX dengan teknologi AI xAI, sekali gus mewujudkan apa yang disifatkan Musk sebagai “enjin inovasi bersepadu menegak paling bercita-cita tinggi di Bumi dan…
MR D.I.Y. Jalin Kerjasama Ceburi Bidang Robotik Dalam Sektor Runcit
MR. ROBOT, unit teknologi runcit di bawah MR D.I.Y. International, mengumumkan kerjasama strategik dengan AgiBot, peneraju global dalam robotik pintar. Perjanjian ini bagi meneroka dan membangunkan penyelesaian robotik pintar dalam sektor runcit untuk pelaksanaan berskala besar di peringkat antarabangsa. Menerusi kerjasama ini, MR. ROBOT akan menerajui reka bentuk, integrasi dan pengujian penyelesaian robotik yang disesuaikan…
