Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lapangan Terbang Jepun Mula Uji Mesin Pemampatan Pakaian Automatik

SJOY, sebuah syarikat teknologi dari Tokyo, Jepun akan mengadakan demonstrasi mesin pemampatan pakaian automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita bermula dari 13 hingga 15 Januari 2026. Perkhidmatan ini, dikenali sebagai Pocket Tips yang mampu mengecilkan pakaian sehingga 1/7 daripada saiz asal dalam masa kira-kira satu minit. Hasilnya, pakaian penumpang boleh disimpan dalam bentuk sebesar tapak…

Aplikasi China ‘Are You Dead?’ Akan Ditukar Kepada Nama ‘Demumu’

Aplikasi mudah alih China “Are You Dead?”, yang akan membunyikan amaran sekiranya pengguna tidak membuat semakan setiap 48 jam, mengumumkan ia akan menukar nama selepas menarik perhatian media antarabangsa. Aplikasi itu menduduki tangga teratas carta aplikasi berbayar di App Store Apple di China, sekali gus mencetuskan liputan meluas media tempatan dan asing. Aplikasi berkenaan, yang…

Google Kemas Kini Had Penggunaan Model Gemini Untuk Setiap Pelan

Google mengemas kini penggunaan Gemini untuk setiap pelan dengan menaikkan had dan mengasingkan setiap model. Kini, had penggunaan Gemini dibahagikan kepada tiga model iaitu Pro, Thinking dan Fast, berbeza daripada sebelum ini di mana model ‘Thinking with 3 Pro’ berkongsi had yang sama. Pelan Asas (percuma) kekal menawarkan akses asas dan umum untuk ketiga-tiga model….

Apple, iPhone 17, AFP

iPhone Kekal No.1 Tiga Tahun Berturut-Turut Atasi Samsung

Menurut laporan pasaran telefon pintar global terbaru oleh Omdia, mereka  menyaksikan pertumbuhan sebanyak 4% pada suku keempat 2025. Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan musim perayaan dan kawalan inventori yang lebih baik, walaupun kos komponen yang meningkat mula menekan beberapa vendor. Apple muncul sebagai peneraju dengan pegangan pasaran 25%, hasil kejayaan siri iPhone 17 yang mencatatkan…

Ibu Bapa Kini Boleh Kawal Had Masa YouTube Shorts Untuk Akaun Remaja

Ibu bapa kini boleh mengawal tetapan had masa menatal (scrolling) Youtube Shorts untuk anak remaja mereka, dari 15 minit hingga dua jam, dengan pilihan sifar minit akan diperkenalkan tidak lama lagi. Menurut YouTube, kanak-kanak dan remaja tidak boleh mengubah atau mematikan tetapan had masa ini pada akaun mereka. Selain itu, ibu bapa yang mengurus akaun…

Gemini Perkenal ‘Personal Intelligence’ – Akses Data Gmail, Search, Google Photos Untuk Jawapan Lebih Peribadi

Google memperkenalkan ciri baharu Gemini AI yang dinamakan Personal Intelligence, membolehkan bot sembang ini memberikan jawapan lebih diperibadikan menggunakan data daripada aplikasi seperti Gmail, Google Photos, YouTube dan Search. Namun begitu, sambungan aplikasi dimatikan secara default dan memerlukan kebenaran pengguna terlebih dahulu. Pengguna boleh memilih aplikasi mana yang mahu disambungkan dan boleh mematikannya pada bila-bila…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,418
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress