NASA dan Netflix telah mengumumkan kerjasama untuk menyiarkan kandungan langsung NASA+ terus di platform Netflix, tersedia untuk semua pelanggan tanpa bayaran tambahan. Penonton akan dapat mengikuti siaran langsung pelancaran roket, misi angkasa, pemandangan dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan aktiviti angkasawan secara masa nyata dalam kualiti HD. Langkah ini sejajar dengan matlamat NASA untuk berkongsi…

Amazfit Balance 2 Tiba Di Malaysia, Bateri Tahan Sehingga 21 Hari
Amazfit melancarkan jam pintar terbarunya, Amazfit Balance 2 secara rasmi di Malaysia yang direka khas untuk atlet, pelari dan gaya hidup aktif. Dengan skrin AMOLED tahan calar, kalis air hingga 10 ATM, dan bateri bertahan sehingga 21 hari, Balance 2 menawarkan lebih 170 mod sukan termasuk menyokong selaman dan perlumbaan intensiti tinggi seperti HYROX. Ia…

Prestasi Matematik Melonjak Selepas Otak Dirangsang Dengan Elektrik
Kajian terbaru yang diterbitkan dalam PLOS Biology menunjukkan bahawa rangsangan elektrik ringan ke otak boleh meningkatkan prestasi matematik. Sekali gus membuka potensi baharu dalam cara kita memahami dan meningkatkan keupayaan pembelajaran. Penyelidikan yang diketuai oleh ahli neuro-sains, Profesor Roi Cohen Kadosh dari University of Surrey, melibatkan 72 pelajar Universiti Oxford. Mereka menjalani imbasan otak bagi…

Threads Kini Ada Ciri DM
Threads kini melancarkan ciri DM untuk semua pengguna, membolehkan perbualan secara peribadi bersama individu lain di platform pesaing X itu. Buat permulaan, DM hanya dibenarkan antara pengikut Threads atau pengikut bersama dari Instagram yang berumur 18 tahun ke atas. Meta memaklumkan mesej dilindungi menerusi piawaian privasi yang ketat, perlindungan akaun dan infrastruktur keselamatan sedia ada….

Pecut Sekali-Sekala Boleh Panjangkan Hayat Bateri EV – Kajian
Satu kajian terbaru telah membuat penemuan yang agak mengejutkan berkaitan bateri EV iaitu memecut secara mengejut kereta elektrik (EV) anda sekali-sekala sebenarnya boleh memberikan manfaat kepada kesihatan jangka panjang bateri. Ini sekali gus bertentangan dengan tanggapan biasa bahawa memandu dengan perlahan dan bergerak pada kelajuan tetap sentiasa lebih baik untuk prestasi dan ketahanan bateri. Kajian…

Nothing Perkenal Headphone (1) – Rekaan Lutsinar, Spatial Audio, Bateri Hingga 80 Jam
Nothing hari ini memperkenalkan Headphone (1), fon kepala over-ear pertama keluaran syarikat itu. Seperti kebanyakan produk Nothing yang lain, Headphone (1) hadir dengan reka bentuk lutsinar yang membolehkan pengguna melihat komponen dalaman. Dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC), spatial audio serta sokongan main balik audio lossless, fon kepala ini memenuhi hampir semua ciri utama yang…