Kerajaan UK akan meluluskan peruntukkan penyelidikan berjumlah £50 juta (~ RM292 juta) bagi eksperimen dan analisis untuk mengurangkan cahaya matahari sebagai langkah menangani pemanasan global. Teknik geo-kejuruteraan yang akan dijalankan oleh Agensi Penyelidikan dan Ciptaan Lanjutan UK (Aria) itu akan meliputi penyemburan zarah aerosol ke stratosfera untuk mengurangkan sianaran matahari yang sampai ke Bumi. Kajian…

KKM Perkenal Saringan Kesihatan Paru-Paru Guna Teknologi AI
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan inisiatif saringan kesihatan paru-paru menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), dalam usaha mengesan penyakit berkaitan paru-paru dalam kalangan rakyat Malaysia di peringkat awal. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu antara usaha utama dalam Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan 2025-2030, bagi memperkukuh aktiviti pencegahan, saringan dan rawatan penyakit tersebut….

PS6 Perlu Sokong Cakera Fizikal, Kata Bekas Bos PlayStation
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment (SIE) Amerika Syarikat, Shawn Layden, memberi pandangan bahawa PlayStation 6 (PS6) tidak sesuai menjadi konsol digital sepenuhnya. Dalam satu episod audio siar Kiwi Talkz yang disiarkan Februari lalu, Layden menekankan bahawa Sony masih beroperasi di lebih 170 negara, termasuk kawasan yang mempunyai capaian internet terhad. Menurutnya, melancarkan PS6…

“TikTok Ada Tempat Istimewa Di Hati Saya”, Trump Sedia Lanjut Tarikh Akhir Jika Perlu
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan bersedia untuk melanjutkan tarikh akhir 19 Jun bagi syarikat berpangkalan di China, ByteDance, untuk menjual aset TikTok di AS sekiranya tiada perjanjian dicapai menjelang tarikh tersebut. Dalam satu temu bual di rancangan NBC News “Meet the Press”, Trump berkata beliau ingin melihat perkara itu diselesaikan, tetapi tetap bersedia memberi…

Mozilla Berharap Kes AS Vs Google Merevolusi Dunia Pelayar
Eric Muhlheim, Ketua Pegawai Kewangan Mozilla, telah memberi keterangan dalam perbicaraan AS v. Google LLC yang menekankan kesan kes ini terhadap pelayar kecil dan bebas. Mozilla mempertahankan pilihan pengguna dalam enjin carian, tetapi bergantung pada pendapatan dari perjanjian carian untuk menyokong pembangunan Firefox dan enjin Gecko mereka di mana mereka satu-satunya pelayar yang tinggal bersaing…

275 Tan Bateri, 2,100 Penumpang – Inilah Kapal Elektrik Terbesar Dunia
Kapal berkuasa bateri terbesar di dunia, Hull 096 telah dilancarkan secara rasmi di Tasmania oleh pembuat kapal Incat dari Australia. Kapal sepanjang 130 meter ini akan beroperasi antara Buenos Aires, Argentina, dan Uruguay dengan keupayaan membawa seramai 2,100 penumpang dan 225 kenderaan menggunakan kuasa bateri sepenuhnya. Malah, Hull 096 bukan sahaja merupakan kapal elektrik terbesar…