realme hari ini memperkenalkan dua produk audio baharu mereka iaitu– realme Buds Air 7 dan realme Buds T200 Lite yang menggabungkan teknologi terkini dan prestasi pada harga mampu milik. realme Buds Air 7 menyampaikan kualiti bunyi premium dengan pemacu titanium 12.4mm dan sokongan Audio Hi-Res (LHDC 5.0). Antara ciri utamanya termasuklah: Pembatalan aktif hingar (ANC) sehingga…

Google Naikkan Keperluan Minimum Storan, RAM Untuk Peranti Android
Ruang storan menjadi semakin terhad apabila sebahagian besarnya diisi oleh sistem operasi dan aplikasi dengan saiz yang semakin besar. Bermula dengan Android 15, Google kini mewajibkan sekurang-kurangnya 32GB storan untuk telefon pintar yang ingin mempunyai rangkaian aplikasi dan perkhidmatan Google yang diprapasang (dikenali sebagai Google Mobile Services atau GMS). Daripada 32GB tersebut, sekurang-kurangnya 75% perlu…

Huawei Akan Fokuskan Infrastruktur 5G Ke-2 Di Semenanjung, ZTE Di Sabah Dan Sarawak – U Mobile
U Mobile hari ini menandatangani MoU bersama Huawei Malaysia dan ZTE Malaysia, sebagai usaha untuk memacu pantas pembangunan infrastruktur teknologi 5G ke-2 Malaysia. Majlis itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disaksikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Teknologi dan Maklumat Republik China, Li Lecheng. Dalam ucapan oleh Pengerusi U Mobile, Tan…

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Muat Naik Status Video Lebih Panjang
WhatsApp kini menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna memuat naik video berdurasi sehingga 90 saat dalam kemas kini Status. Menurut WABetaInfo, ciri ini telah mula tersedia kepada sebilangan pengguna Android melalui kemas kini WhatsApp beta versi 2.25.12.9. Seperti yang dikongsi dalam tangkap layar, had baharu ini membolehkan pengguna memuat naik video sepanjang 90 saat dalam Status,…

Pelancong Malaysia Ke Kemboja Kini Boleh Bayar Guna QR Melalui Aplikasi MAE
Seiring pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) minggu lalu, Maybank memaklumkan bahawa pengguna yang melancong ke Kemboja kini boleh membuat pembayaran menggunakan kod QR melalui aplikasi MAE. Selain Kemboja, kemudahan pembayaran QR rentas sempadan ini turut tersedia di Singapura, Indonesia, Thailand dan China. Bagi pengguna Malaysia yang melancong ke mana-mana lima negara tersebut, termasuk Kemboja, pembayaran QR…

Google Bangunkan Model AI Untuk Fahami ‘Komunikasi’ Ikan Lumba-Lumba
Ikan lumba-lumba secara amnya dianggap sebagai antara makhluk paling pintar di planet ini. Kajian menunjukkan ia mampu bekerjasama, mengajar kemahiran baharu antara satu sama lain dan malah boleh mengenali diri sendiri di dalam cermin. Selama beberapa dekad, memahami bahasa, siulan dan denyutan pantas lumba-lumba telah menjadi satu cabang penyelidikan saintifik. Dalam perkembangan terbaru, Google mengumumkan…