Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Bangunkan Model AI Untuk Fahami ‘Komunikasi’ Ikan Lumba-Lumba

Google Bangunkan Model AI Untuk Fahami ‘Komunikasi’ Ikan Lumba-Lumba

Diterbitkan April 15, 2025 · Dikemas kini April 15, 2025 oleh Amalina Athman

Ikan lumba-lumba secara amnya dianggap sebagai antara makhluk paling pintar di planet ini. Kajian menunjukkan ia mampu bekerjasama, mengajar kemahiran baharu antara satu sama lain dan malah boleh mengenali diri sendiri di dalam cermin.

Selama beberapa dekad, memahami bahasa, siulan dan denyutan pantas lumba-lumba telah menjadi satu cabang penyelidikan saintifik.

Dalam perkembangan terbaru, Google mengumumkan pembangunan model AI untuk membantu mentafsirkan komunikasi kompleks ikan lumba-lumba.

Dinamakan sebagai DolphinGemma, model AI ini dilatih menggunakan pangkalan data daripada Wild Dolphin Project (WDP), sebuah NGO yang menjalankan kajian terhadap ikan lumba-lumba di Atlantik.

Ia dilatih untuk mempelajari struktur vokalisasi ikan lumba-lumba dan menghasilkan urutan bunyi baharu yang menyerupai bunyi tersebut.

Google Bangunkan Model AI Untuk Fahami ‘Komunikasi’ Ikan Lumba-Lumba
Kiri: Seekor ibu ikan lumba-lumba yang menggunakan siulan unik untuk memanggil anaknya kembali setelah selesai. Kanan: Spektrogram untuk memvisualisasikan siulan tersebut.

DolphinGemma dibangunkan berasaskan siri model terbuka Gemma, dengan menggunakan teknologi audio khusus milik Google: SoundStream tokenizer yang mewakili bunyi ikan lumba-lumba dengan cekap, sebelum diproses oleh seni bina model yang direka khas untuk mengendalikan urutan kompleks.

Google Bangunkan Model AI Untuk Fahami ‘Komunikasi’ Ikan Lumba-Lumba
Kiri: Siulan (kiri) dan denyutan letusan (kanan) yang dihasilkan semasa ujian awal DolphinGemma.

Model bersaiz sekitar 400 juta parameter ini dioptimumkan untuk dipasang terus pada telefon pintar.

Google Bangunkan Model AI Untuk Fahami ‘Komunikasi’ Ikan Lumba-Lumba

Dengan keupayaan ini, ia membolehkan penyelidik WDP menjalankan DolphinGemma terus pada telefon pintar Google Pixel tanpa memerlukan peranti tambahan. Ini memudahkan kerja lapangan dan membolehkan pemprosesan bunyi ikan lumba-lumba dilakukan secara langsung di lokasi kajian.

Menurut Google, pihaknya merancang untuk berkongsi DolphinGemma sebagai model terbuka pada musim panas ini.

Walaupun dilatih menggunakan bunyi ikan lumba-lumba di Atlantik, kami menjangkakan potensi kegunaannya untuk penyelidik yang mengkaji spesies cetacea lain, seperti lumba-lumba Bottlenose atau Spinner. Penalaan halus mungkin diperlukan untuk vokalisasi spesies yang berbeza, dan sifat terbuka model ini memudahkan penyesuaian tersebut.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Google Perkenal Gemma 3 – Sokongan 128K Tetingkap Konteks, Boleh Beroperasi Pada Satu GPU
  • Google Perkenal Ironwood - TPU Generasi Ke-7, Direka Khusus Untuk Inferens AI
  • Google Vertex AI Kini Lengkap: Cipta Video, Muzik & Suara AI Dalam Satu Platform

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY