Pentadbiran Pengawal Pantai, Majlis Hal Ehwal Lautan Taiwan telah menahan sebuah kapal yang dikendalikan kru China atas dakwaan merosakkan kabel dasar laut ke pulau itu. Mereka memintas kapal “Hongtai 168” ketika menyiasat gangguan kabel gentian optik milik Chunghwa Telecom. Kapal tersebut dikesan menjatuhkan sauh pada 2:30 pagi sebelum gangguan kabel mula dikesan pada 3:03 pagi….

Jalur Lebar Tetap TM Unifi Kini Dilanggan Lebih Daripada 3 Juta Pelanggan
Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam laporan kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 (FY2024) memaklumkan bahawa mereka telah mencatat peningkatan keuntungan operasi (EBIT) dan keuntungan selepas cukai serta kepentingan bukan kawalan (PATAMI). TM berkata, pendapatan operasi mereka telah meningkat sebanyak 0.2% kepada RM11.71 bilion, manakala EBIT naik 11.3% kepada RM2.33 bilion, didorong oleh produk berkeuntungan…

ChatGPT Search Kini Boleh Digunakan Sebagai Enjin Carian Di Safari, Begini Caranya
OpenAI mengemas kini aplikasi ChatGPT versi iOS dengan menambah extension atau pemalam Safari yang membolehkan ChatGPT Search digunakan sebagai enjin carian utama di bar carian Safari. Selepas aplikasi ChatGPT dikemas kini ke versi terkini, pemalam ChatGPT Search boleh diaktifkan melalui tetapan Safari. Cara aktifkan extension ChatGPT Search Untuk mengaktifkannya, pergi ke Settings > Apps > Safari…

China Puji Kejayaan DeepSeek, Anggap Ia Bukan Pesaing AI Dari AS
China memuji kejayaan model AI DeepSeek tetapi menegaskan bahawa syarikat itu tidak bersaing dengan gergasi teknologi AS seperti OpenAI, Anthropic, dan Google DeepMind. Kedutaan China di Washington menyatakan bahawa DeepSeek melengkapi, bukan menyaingi, pemimpin AI sedia ada. Sejak model AI kos rendahnya mengejutkan dunia teknologi, DeepSeek semakin mendapat perhatian di China. Pengasasnya, Liang Wenfeng, diberi…

PUBG MOBILE Super League SEA Kini Kembali Dengan Format Baharu
PUBG MOBILE Super League SEA (PMSL SEA) kembali untuk musim Bunga 2025 dari 26 Februari hingga 9 Mac dengan hadiah keseluruhan USD200,000 (~RM884,000). Liga ini akan menyaksikan 24 pasukan bertanding di Kuala Lumpur, Malaysia, setiap Rabu hingga Ahad. 16 pasukan terbaik akan mara ke Grand Final pada 14-16 Mac bersama penonton secara langsung. Format &…

realme Mengacah Peranti Ultra Yang Memfokuskan Fotografi
realme bersedia mencuri tumpuan di MWC Barcelona 2025 dengan pelancaran telefon kamera inovatif yang menampilkan sensor ultra-besar dan kanta telefoto optik. Peranti ini dijangka menetapkan standard baharu dalam fotografi telefon pintar, khususnya dalam mod potret dan prestasi cahaya malap, dengan perkakasan berinspirasikan DSLR yang dikatakan mengatasi telefon lain di pasaran. Selain itu, realme turut akan…