TikTok, platform media sosial popular dengan kira-kira 1.6 bilion pengguna global dan 170 juta pengguna di Amerika Syarikat (AS), kini berada di tengah-tengah ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan China. TikTok yang dimiliki syarikat induk China, ByteDance, menghadapi tekanan yang semakin meningkat dari kerajaan AS yang bimbang terhadap keselamatan negara. Menurut laporan Agensi Anadolu,…
Komputer Riba Zenbook S 14 Baharu Kini Tersedia Pada Harga RM6,999
ASUS hari ini mengumumkan komputer riba terbaru mereka, Zenbook S 14 (UX5406) sudah mula tersedia di pasaran Malaysia. Dikuasakan cip pemproses terbaru Intel Core Ultra 7 (Series 2) “Lunar Lake”, Zenbook S 14 baharu ini adalah komputer riba premium dengan grafik dipacu Intel Arc™. Ia dipadankan dengan RAM 32GB dan storan PCIe® 4.0 SSD 1TB…
MKBHD Lancar Aplikasi ‘Wallpaper’, Harga Langganan RM59.90/Bulan
Marques Brownlee, YouTuber yang dikenali sebagai MKBHD, telah melancarkan aplikasi wallpaper atau hiasan latar Panels untuk peranti Android dan iOS. Aplikasi Panels menawarkan akses kepada hiasan latar daripada artis digital. Dengan langganan Panels+ berharga RM59.90/bulan atau RM229.90/tahun, ia membolehkan pengguna mendapatkan akses penuh kepada koleksi dan hiasan latar beresolusi penuh, tanpa sebarang iklan. Selain secara langganan, ia…
Hitachi Dan Nvidia Bangunkan Sistem Berkuasa AI Untuk Pantau Kereta Api
Hitachi dan Nvidia telah bekerjasama untuk membangunkan sistem berasaskan AI yang memeriksa keselamatan infrastruktur kereta api, bertujuan menjadikan kerja penyelenggaraan lebih cekap dengan pemantauan masa nyata. Sistem baharu itu yang dikenali sebagai Hyper Mobility Asset Expert (HMAX) telah dilancarkan di InnoTrans, pameran teknologi kereta api terbesar dunia di Berlin. NVIDIA berkata, Hitachi Rail, sebuah syarikat…
Kelajuan Muat Turun 5G Malaysia Diiktiraf Ke-2 Terpantas Di Rantau Asia Pasifik
Berdasarkan laporan terbaru Opensignal yang dikeluarkan hari ini menyatakan, Malaysia telah menyaksikan peningkatan yang mengagumkan dalam purata kelajuan muat turun, kesan daripada komitmen kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur digital dan pengalaman pengguna mudah alih secara keseluruhan. Opensignal mendedahkan, Malaysia berada ditangga kedua dalam senarai pengalaman kelajuan muat turun 5G di rantau Asia Pasifik. Dengan kelajuan muat…
Nothing Ear (open) Dilancar Dengan Harga RM659
Nothing meneruskan lagi barisan produk audio mereka dengan melancarkan Nothing Ear (open). Ia merupakan fon telinga jenis terbuka (open-ear) pertama mereka yang mana seperti Xiaomi Openwear Stereo mahupun Shokz yang dilancarkan baru-baru ini. Seperti dalam kebanyakan peranti open-ear lain, ia tidak hadir dengan pembatalan hingar aktif (ANC) tetapi memberikan pengguna bunyi persekitaran di samping keselesaan…