Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Bytedance China AS_USA Today

TikTok Ada Potensi Kena ‘Ban’ Di Amerika Syarikat, Dituduh Kongsi Data Rakyat AS Dengan Kerajaan China

Diterbitkan September 25, 2024 oleh Rushsyafizal

TikTok, platform media sosial popular dengan kira-kira 1.6 bilion pengguna global dan 170 juta pengguna di Amerika Syarikat (AS), kini berada di tengah-tengah ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan China. TikTok yang dimiliki syarikat induk China, ByteDance, menghadapi tekanan yang semakin meningkat dari kerajaan AS yang bimbang terhadap keselamatan negara.

Menurut laporan Agensi Anadolu, pentadbiran Joe Biden dijangka akan menguatkuasakan larangan ke atas TikTok pada Januari 2025, kecuali ByteDance bersetuju untuk menjual platform tersebut kepada entiti yang bukan berpusat di China. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan risiko potensi penyalahgunaan data pengguna oleh kerajaan China.

https://x.com/anadoluagency/status/1838504598547407025

Sebagai tindak balas, TikTok telah memfailkan saman terhadap Jabatan Kehakiman AS dalam usaha untuk terus beroperasi di negara tersebut. Pertarungan undang-undang ini menyaksikan kedua-dua pihak tegas dengan pendirian masing-masing, dengan AS memberi tumpuan kepada isu keselamatan siber, manakala TikTok berusaha untuk mempertahankan kedudukannya di pasaran AS.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Kelajuan Muat Turun 5G Malaysia Diiktiraf Ke-2 Terpantas Di Rantau Asia Pasifik
  • JAECOO Perkenal OMODA C9, Harga Jualan Bermula RM185,000
  • Nothing Ear (open) Dilancar Dengan Harga RM659
  • Komputer Riba Zenbook S 14 Baharu Kini Tersedia Pada Harga RM6,999

Sumber : BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY