Tune Protect Group Berhad telah melancarkan Delay Lounge Pass, manfaat eksklusif untuk pelanggan AirAsia Travel Insurance. Dengan ciri ini, pelanggan boleh menikmati akses ke lebih 1,500 lounge lapangan terbang di seluruh dunia jika penerbangan mereka tertangguh sekurang-kurangnya dua jam. Manfaat ini tersedia untuk pelanggan yang memilih pakej insurans perjalanan seperti Value Pack, Premium Flex, atau…
Santan Dan Soft Space Tingkatkan Pengalaman Peruncitan Dalam Penerbangan AirAsia
Santan, anak syarikat Capital A yang mengendalikan perkhidmatan makanan dan minuman dalam penerbangan AirAsia, bersama Soft Space Sdn. Bhd., kini memperkenalkan naik taraf inovatif pada sistem peruncitan penerbangan mereka, Fasspos. Sejak diperkenalkan pada 2020, Fasspos telah merevolusikan cara transaksi dalam penerbangan dengan memanfaatkan teknologi SoftPOS untuk pembayaran tanpa sentuh. Terbaharu, Fasspos kini dilengkapi tablet ET45…
Sony Umum Projek Amethyst, Bayangan Awal Teknologi PS6
Sony baru-baru ini memberi bayangan awal tentang teknologi yang mungkin akan digunakan dalam PlayStation 6 (PS6), walaupun konsol tersebut belum diumumkan secara rasmi. Mark Cerny, arkitek utama konsol PlayStation, dalam video terbaharu telah berkongsi maklumat mengenai hala tuju teknologi Sony. Sony juga baru sahaja melancarkan PS5 Pro, iaitu versi penambahbaikan daripada PS5 dengan ciri lebih…
Sony Akan Jadi Pemegang Saham Terbesar Kadokawa
Sony akan menjadi pemegang saham terbesar syarikat media gergasi Jepun dan syarikat induk FromSoftware, Kadokawa Corporation, memegang kira-kira 10% sahamnya – termasuk pegangan yang diperoleh pada Februari 2021. Mengikut perjanjian pakatan strategik modal dan perniagaan, Kadokawa akan menjalankan peruntukan pihak ketiga kepada Sony pada 7 Januari 2025, di mana Sony akan memperoleh 12.05 juta saham…
Kerajaan Pantau Had Umur Pada Platform Media Sosial Mulai Januari Depan
Kementerian Komunikasi akan memantau dan mengambil langkah tambahan sekiranya mana-mana platform media sosial gagal melaksanakan larangan had umur penggunaan yang ditetapkan platform tersebut. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata langkah ini susulan pelaksanaan pelesenan platform media sosial yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan. Menurutnya, kebanyakan platform media kini menetapkan had umur penggunaan pada usia…
SanDisk Dijenamakan Semula Dengan Logo Baharu
SanDisk mengumumkan penjenamaan semula di mana kini ia dikenali sebagai SANDISK. Syarikat itu juga menampilkan rekaan logo baharu dengan menggugurkan logo yang diperkenalkan sejak 1995. Sandisk berkata, penjenamaan semula ini menandakan pelancaran kemunculan semula yang berani dari syarikat itu sebagai inovator teknologi Flash dan memori kendiri, yang dirancang untuk awal 2025. “Logo baharu kami berbeza,…