9 Orang Didakwa Di Korea Selatan Kerana Menjual Teknologi Skrin Samsung Kepada Pesaing

Sembilan orang pesalah termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) serta lapan orang pekerjanya telah didakwa di Korea Selatan baru-baru ini atas dakwaan menjual teknologi skrin Samsung ke China.

Menurut laporan Engadget, CEO kepada syarikat pembekal Samsung, Toptec Co LTD bersama pekerjaya ditahan selepas disyaki terlibat dalam penjual teknologi berkenaan. Bagaimanapun, identiti "pembeli" teknologi tersebut tidak didedahkan.Samsung dikatakan mengambil masa selama enam tahun, 38 jurutera dan mengeluarkan belanja sebanyak lebih kurang RM 561.13 juta(~$134 juta) untuk menghasilkan teknologi skrin berkenaan.

Teknologi skrin OLED yang ada pada panel Samsung tidak dinafikan adalah merupakan antara yang terbaik di dunia. Walaupun beberapa pengeluar lain(termasuk dari China) cuba menghasilkan panel OLED mereka sendiri, ia tidak akan mampu menandingi teknologi OLED milik Samsung.

Maka tidak hairanlah mengapa Samsung begitu menjaga "rahsia" yang ada pada teknologi tersebut daripada diketahui oleh para pesaingnya. Bahkan, banyak pengeluar peranti hari ini terpaksa bergantung kepada bekalan OLED dari Samsung untuk dipasang pada peranti-peranti mereka.

Sumber: Engadget