Ikuti kami di media sosial

Berita

8 Peranti Sony Akan Menerima Kemaskini Android 10

Avatar

Ditulis

pada

Android 10 sudah mula bertapak sejak 2 bulan lalu dan telah mula dilepaskan untuk peranti Google Pixel serta jenama lain termasuk Essential, Xiaomi, OnePlus, ASUS dan lain-lain. Walaupun peranti Sony mempunyai perisian yang ringan, namun ia tidak secepat jenama lain dalam melepaskan kemaskini versi Android terkini.

Untuk Android 10, Sony sendiri telah mengesahkan jangka masa bila peranti Xperia mereka akan menerima kemaskini tersebut. Akan tetapi, hanya 8 peranti yang dinyatakan. Jadi, untuk peranti yang tidak disebut, berkemungkinan besar itu adalah merupakan versi Android terakhir anda.

Yang terawal menerima kemaskini Android 10 adalah Xperia 1 dan juga Xperia 5. Ia akan mendapat kemaskini pada bulan Disember 2019 ini. Selain itu, baki 6 peranti Xperia tersebut:

  • Xperia 10 
  • Xperia 10 Plus 
  • Xperia XZ2
  • Xperia XZ2 Compact 
  • Xperia XZ2 Premium
  • Xperia XZ3 

Ia akan menerima kemaskini Android 10 pada awal tahun 2020. Peranti flagship yang lama seperti Xperia XZ1 tidak tersenarai dan menjadikan kemaskini peranti tersebut hanya berakhir pada Android 9 Pie sahaja.

Sumber: Sony

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular