101 Aplikasi Mencurigakan Ini Tidak Patut Wujud Dalam Peranti Pintar Anda

Antara kaedah godaman paling mudah melalui peranti pintar adalah pemasangan aplikasi yang secara tidak tentu hala. Jika anda antara aplikasi yang dipasang ini mempunyai keizinan untuk mengakses tetapan penting peranti, sudah tentu data dan maklumat anda senang-senang sahaja dicuri.

Baru-baru ini pasukan keselamatan sekuriti CyberNews melaporkan sebanyak 101 aplikasi yang mencurigakan yang datangnya dari 27 pembangun. Jumlah keseluruhan muat turun aplikasi-aplikasi ini lebih dari 68 juta bermakna sudah ramai pengguna yang memasangnya dalam peranti masing-masing.

Menurut mereka, aplikasi-aplikasi ini tidak patut berada dalam peranti anda disebabkan:

  • Jumlah akses tetapan yang terlampau banyak.

  • Ada antara fail APK aplikasi telah dicuri dari pembangun yang lebih popular.

  • Kebanyakan APK aplikasi ini adalah salinan antara satu sama lain.

  • Pembangun menggunakan nama samaran yang palsu seperti nama pemain bola jerman (Lukas Podolskies dan Kylian Mbapee)


Namun, apa yang mencurigakan adalah signifikan aplikasi meminta keizinan akses pada tempat yang tidak sepatutnya. Antaranya adalah seperti aplikasi panggilan yang mahu mengakses kamera, aplikasi kalkulator yang mahu mengakses kamera, aplikasi suntingan gambar yang mahu mengakses rakaman audio, aplikasi galakan memori yang mahu mengakses lokasi dan lain-lain lagi.

Aplikasi-aplikasi ini berkemungkinan tinggi berniat untuk mencuri data anda. Jika anda memberikan keizinan kepada aplikasi-aplikasi ini untuk dipasang, sudah tentu aplikasi tersebut boleh melancarkan perisian hasad, membuat panggilan, menghantar mesej dan beroperasi tanpa disedari.

Untuk senarai 101 aplikasi tersebut yang perlu dibuang berserta pembangunnya, anda boleh lihatnya di bawah ini.

 



Sumber: Cybernews

Berkaitan