Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yes 5g rahmah rm35 rm58 - 2

Pakej 5G Rahmah: Yes Tawar RM35 Untuk 100GB, RM58 Untuk Data Tanpa Had

Diterbitkan Ogos 29, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Dengan pelancaran Pakej 5G Rahmah tadi oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil tengah hari tadi, Yes menjadi telco terawal memperkenal Pakej 5G Rahmah mereka.

Yes memilih pelan Power 35 dan Basic Infinite 58 untuk Pakej 5G Rahmah ini.

Untuk pelan Power 35 iaitu RM35/bulan, 2 telefon boleh dipilih ialah vivo Y55 5G dan ZTE Blade A73 5G.

yes 5g rahmah rm35 rm58 – 3

Bagi pelan RM58/bulan pula, jauh lebih banyak pilihan peranti termasuk Galaxy A14 5G dan HONOR 90 Lite 5G yang diuar-uarkan oleh pihak kementerian.

yes 5g rahmah rm35 rm58 – 1

Anda boleh dapatkan pakej ini mulai 31 Ogos 2023.

Apa yang ditawarkan Yes ini sememangnya melebihi syarat minimum ditetapkan KKD iaitu 60GB untuk RM60/bulan.

Hal ini kerana pelan pascabayar Yes sedia ada sememangnya menawarkan kuota lebih tinggi untuk harga lebih murah.

Selain itu, Yes turut menyediakan Pakej Insentif Pascabayar Penjawat Awam dengan rebat RM10/bulan selama 12 bulan.

yes 5g rahmah rm35 rm58 - 2

Ia akan mula tersedia mulai 16 September 2023.

Sumber: Siaran Akhbar Yes

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • 5G Rahmah: Pascabayar RM60/Bulan Untuk 60GB, Telefon 5G Serendah RM240
  • U Mobile Dan 'Telco' Lain Akan Lancar Pakej 5G Rahmah Pada 31 Ogos 2023
  • Pakej 5G Rahmah: B40 Boleh Beli Telefon 5G Untuk RM120 Sahaja
  • 7 Perkara Tentang Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam Yang Anda Harus Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY