Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile - U68 Pakej RAHMAH

Pakej 5G Rahmah: U Postpaid 68 Ditingkatkan Kuota Sebanyak 2 Kali Ganda

Diterbitkan Ogos 30, 2023 · Dikemas kini Ogos 30, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Bermula 1 September 2023, pelan pascabayar iaitu U Postpaid 68 akan menerima peningkatan kuota daripada 100GB ke 200GB (4G/5G). Ia juga boleh digunakan sebagai hotspot.

Selain itu, jumlah 200GB ini juga boleh digunakan untuk perayauan (roaming) di Singapura, Thailand dan Indonesia.

U Mobile - U68 Pakej RAHMAH

Pelan U Postpaid 68 yang dinaik taraf ini juga menawarkan sehingga 2 talian UFamilyShare dan peranti percuma dengan kontrak selama 36 bulan.

U Mobile mengesahkan bahawa U Postpaid 68 ialah sebahagian daripada program Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pascabayar Penjawat Awam.

Pakej 5G Rahmah

Melalui pakej ini, U Postpaid yang asalnya berharga RM68 akan menjadi RM58 tetapi dengan kontrak selama 24 bulan.

Pelanggan boleh menggabungkan pelan U Postpaid 68 yang dinaik taraf ini dengan telefon 5G pada RM240 dengan kontrak selama 24 bulan.

Bagi 100,000 pelanggan B40 yang pertama pula, harga peranti 5G yang baharu telah ditetapkan pada hanya RM120 apabila pembelian ini digabungkan dengan U Postpaid 68 yang dinaik taraf untuk 24 bulan.

Bagi 100,000 pelanggan B40 pertama ini, ia merangkumi pendaftaran daripada kesemua syarikat telekomunikasi.

Untuk tawaran RAHMAH U Mobile, pelanggan boleh mendaftar di kedai U Mobile yang terlibat.

Berkaitan

  • U Mobile Lancar U Home 5G, 'Broadband' 4G/5G Serendah RM78 Tanpa Kontrak
  • Pakej 5G Rahmah: B40 Boleh Beli Telefon 5G Untuk RM120 Sahaja
  • 7 Perkara Tentang Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam Yang Anda Harus Tahu
  • Pakej 5G Rahmah: Yes Tawar RM35 Untuk 100GB, RM58 Untuk Data Tanpa Had

Insentif Pascabayar Penjawat Awam

Semua penjawat awam Malaysia yang melanggan U Postpaid 68 atau U Postpaid 98 yang baharu atau sedia ada akan menikmati rebat sebanyak RM10.

Ini bermakna mereka akan dapat menikmati U Postpaid 68 pada RM58 sebulan dan U Postpaid 98 pada RM88 sebulan. Rebat bulanan RM10 adalah sah untuk 12 bulan jika pelanggan mendaftar antara 16 September – 31 Disember 2023. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web U Mobile.

Semalam, Yes juga telah mengumumkan pelan-pelan mereka yang terlibat dalam Pakej 5G Rahmah. Anda boleh klik SINI untuk baca.

Sumber: U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY