Pakej 5G Rahmah: B40 Boleh Beli Telefon 5G Untuk RM120 Sahaja

Pakej 5G Rahmah diumumkan pada 7 Ogos lalu dan syarikat telekomunikasi pula akan mengumumkan tawaran masing-masing sekitar 31 Ogos 2023.

Ia melibatkan kesemua syarikat telco utama iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi dan Yes.

Satu lagi program iaitu Insentif Pascabayar Penjawat Awam pula akan ditawarkan mulai 16 September 2023.

Tatal (scroll) ke bawah untuk tahu lebih lanjut tentang pakej ini.

{snap}

Apa itu Pakej 5G Rahmah?


pakej 5g rahmah -1

Pelan 5G Rahmah ialah pakej pascabayar (kontrak 24 bulan) yang didatangkan bersama telefon pintar 5G.
Nombor telefon (talian) postpaid + telefon = Pakej 5G Rahmah

Untuk telefon tersebut, anda hanya bayar RM240 sekali saja, bukan bulanan.

Untuk talian pascabayar pula, anda perlu bayar RM60 setiap bulan selama 24 bulan. Kuotanya pula sebesar 60GB/bulan.
Jadi, bayar RM240 untuk telefon kemudian RM60 saja setiap bulan.

Harga RM60 ini bagaimanapun mungkin belum termasuk cukai.

Insentif Pascabayar Penjawat Awam

{snap}

Telefon apa yang ada?




Ini bergantung pada syarikat telekomunikasi. Setakat ini, ada 2 model yang pasti dan dijual pada harga RM240 ialah seperti di bawah:

  • Samsung Galaxy A14 5G (harga asal RM949)

  • HONOR 90 Lite 5G (harga asal RM1,099)


Galaxy A14 5G hadir dengan RAM sebesar 6GB dan storan sebesar 128GB. HONOR 90 Lite pula hadir dengan RAM sebesar 8GB dan storan sebesar 256GB.

Untuk spesifikasi penuh, boleh ke laman web Samsung Malaysia dan HONOR Malaysia.

Insentif Pascabayar Penjawat Awam

{snap}

Pelan pascabayar yang ada?


pakej 5g rahmah

Ini juga bergantung pada syarikat telekomunikasi dan akan diumumkan dalam masa 2-3 hari.

Namun, KKD telah menetapkan mana-mana pelan pascabayar ditawarkan harus mempunyai kuota minimum 60GB sebulan dan membenarkan jika telco mahu berikan tawaran yang lebih daripada itu.

Insentif Pascabayar Penjawat Awam

{snap}

Siapa yang layak mohon?




Semua warganegara Malaysia layak melanggan Pakej 5G Rahmah.

Namun untuk individu dalam kategori B40, ada tawaran terhad. Maklumat lanjut ada pada soalan selepas ini.

Insentif Pascabayar Penjawat Awam

Apa jadi kalau telefon rosak?




Kesemua peranti dijual melalui Pakej 5G Rahmah hadir dengan jaminan selama 24 bulan.

Insentif Pascabayar Penjawat Awam

{snap}

Macam mana nak beli?


pakej 5g rahmah

Ia tersedia melalui syarikat telekomunikasi, jadi anda boleh ke kedai fizikal atau daftar secara dalam talian dengan syarikat telekomunikasi yang anda mahu.

Maklumat lanjut akan diuar-uarkan oleh pihak telco.

Insentif Pascabayar Penjawat Awam

{snap}

Sampai bila tawaran ini tersedia? Boleh saya dapatkan sekarang?pakej 5g rahmah


Pakej 5G Rahmah ditawarkan dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2023.

Namun, kita perlu tunggu tawaran daripada telco sendiri pada 31 Ogos nanti untuk lihat sendiri bagaimana langganan yang boleh anda dapatkan.

Hal ini kerana RM60/bulan untuk RM60 dan harga peranti RM240 adalah garis minimum saja dan syarikat telekomunikasi digalakkan untuk memberikan tawaran yang lebih misalnya kuota hotspot.

Oleh itu, kita mungkin saksikan tawaran berbeza daripada telco berbeza.

Insentif Pascabayar Penjawat Awam

{snap}

Ada lagi diskaun tak?


fahmi 5g telco caj ekstra

Ada, tapi khas untuk mereka yang dalam kategori B40.

Terhad bagi 100,000 pelanggan pertama, ada akan mendapat diskaun (subsidi) sebanyak RM120 ke atas telefon berharga RM240 tersebut.

Ini menjadikan harga telefon hanya serendah RM120.

Namun, jika harga telefon kurang RM240 (jika ada telco tawarkan nanti), maka subsidi ini hanya pada RM80. Namun, tiada subsidi untuk harga pelan pascbayar.

Untuk tawaran B40 ini, ia terhad pada 1 peranti.

Insentif Pascabayar Penjawat Awam