Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
android malware

7 Lagi Aplikasi Android Didapati Mengandungi Perisian Hasad Yang Membuka Pintu Kepada Penggodam

Diterbitkan November 10, 2019 · Dikemas kini November 10, 2019 oleh ariff bukhari

Setakat ini, aplikasi-aplikasi tersebut sudah dimuat turun lebih daripada 11,000 kali oleh pengguna Android.

Penyelidik keselamatan dari Wandera baru-baru ini mendedahkan penemuan sebanyak 7 aplikasi yang didapati membawa perisian hasad di dalamnya.

Aplikasi-aplikasi itu dibangunkan oleh 3 firma pembangun berbeza yang menyembunyikan perisian hasad di dalamnya yang mampu menyebabkan ia membuka pintu belakang kepada penggodam untuk mengakses telefon pintar yang dijangkiti.

Penyelidik menjelaskan,

“Once installed by the dropper, the adware APKs wait approximately 10 minutes before initiating malicious functionality. Then they display fullscreen video ads, outside of the app, without any user interaction.”

“While this adware is a nuisance, the biggest concern is that the attacker may at any time replace the adware APKs with much more serious malware types and deliver those to the affected devices.”

Ini adalah senarai 7 aplikasi tersebut serta nama firma yang membangunkannya:-

Pembangun: PumpApp
Aplikasi:

  • Magnifying Glass
  • Super Bright LED Flashlight

Pembangun: LizotMitis
Aplikasi:

  • Magnifier, Magnifying Glass with Flashlight
  • Super-bright Flashlight

Pembangun: iSoft LLC
Aplikasi:

  • Alarm Clock
  • Calculator
  • Free Magnifying Glass

Bertindak atas pendedahan tersebut, pihak Google telah membuang kesemua aplikasi yang tersenarai dari ditawarkan dalam Google Play Store.

Walaubagaimanapun, aplikasi-aplikasi lain yang tidak terjejas yang dibangunkan oleh firma-firma tersebut masih ditawarkan di Play Store buat masa ini.

Jadi, jika ada dikalangan pengguna Android yang ada memasang aplikasi yang disenarai di sini, buanglah ia dengan segera dari peranti anda.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY