Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
7 Aplikasi Edit Gambar Terbaik Untuk Peranti Mudah Alih Anda

7 Aplikasi Edit Gambar Terbaik Untuk Peranti Mudah Alih Anda

Diterbitkan Ogos 30, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pastinya semua orang mahukan hasil gambar yang terbaik ketika ingin berkongsi ke media sosial seperti Instagram, Facebook dan lain-lain platform.

Bagi sesetengah orang, cukup sekadar gambar yang diambil dengan kamera telefon pintar dan terus dimuat naik. Tetapi ada juga dalam kalangan pengguna yang suka menyunting gambar terlebih dahulu dengan menambah beberapa elemen supaya ia kelihatan lebih menarik.

Apakah kriteria aplikasi edit gambar yang terbaik?

  • Antaramuka – sudah pasti antaramuka yang ringkas dan mesra pengguna menjadi keutamaan.
  • Suntingan – Ia mesti menyediakan satu set ciri lengkap bersama-sama dengan kesan penyuntingan dan penapis yang terbaik.
  • Perkongsian – Aplikasi yang baik memudahkan anda berkongsi fail secara dalam talian.

 

1. VSCO (Android, iOS)- Aplikasi ini sangat popular, lebih-lebih lagi dalam kalangan pengguna Instagram kerana ia menghadirkan fungsi suntingan dengan pelbagai gaya.

7 Aplikasi Edit Gambar Terbaik Untuk Peranti Mudah Alih Anda

 

2. Adobe Lightroom (Android, iOS) – Aplikasi suntingan yang ditawarkan secara percuma ini menyediakan fungsi white balance, pendedahan, tetapan kejelasan dan banyak lagi.

7 Aplikasi Edit Gambar Terbaik Untuk Peranti Mudah Alih Anda

 

3. Adobe Photoshop Express (Android, iOS) – Satu lagi aplikasi dari Adobe. Umum pun sudah mengetahui kebolehan nama besar ini dalam bidang penyuntingan gambar. Tersedia dengan pelbagai kesan visual yang menarik.

7 Aplikasi Edit Gambar Terbaik Untuk Peranti Mudah Alih Anda

 

4. PicsArt Photo Studio (Android, iOS) – Mampu menghasilkan imej yang terbaik menerusi ciri yang disediakan. Ia juga menawarkan kebolehan mencipta GIF.

7 Aplikasi Edit Gambar Terbaik Untuk Peranti Mudah Alih Anda

 

5. Snapseed (Android, iOS) – Proses suntingan yang mudah dan paling penting ia memproses semua jenis format dengan pantas.

7 Aplikasi Edit Gambar Terbaik Untuk Peranti Mudah Alih Anda

 

6. Toolwiz Photos (Android) – Mudah digunakan serta berupaya menghasilkan gambar yang berkualiti. Mendapat penilaian 4.7 di Google PlayStore.

maxresdefault (1)

 

7. Pixlr (Android) –  Antara muat turun terbaik di Google PlayStore dengan muat turun lebih dari 50 juta kali. Antaramuka yang ringkas serta fungsi suntingan yang pelbagai.

7 Aplikasi Edit Gambar Terbaik Untuk Peranti Mudah Alih Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY