6 Perkara Tentang Samsung Galaxy Note 8 Yang Patut Anda Tahu

Melihat kepada beberapa maklumbalas daripada pemerhati dan peminat, Samsung nampaknya sudah berjaya mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap produk mereka.

Ketepikan insiden yang berlaku tahun lepas melibatkan Note 7, hal ini kerana penggantinya yang dilancarkan beberapa hari lalu adalah antara telefon pintar hebat yang berada dipasaran ketika ini.

Untuk keluaran terbaru, Samsung mempertaruhkan pelbagai fungsi dan rekaan yang sememangnya mengundang rasa untuk memilikinya. Justeru itu, mari kita lihat 6 perkara menarik yang ada pada Samsung Galaxy Note 8.

1. Dwi kamera yang lebih baik



Hampir kesemua telefon perdana yang dilancarkan pada 2017 menggunakan kamera dwi lensa. Dilengkapi dengan  dua lensa kamera 12 Megapiksel dibahagian belakang, satu berfungsi untuk sudut luas dan satu lagi adalah lensa telephoto.

Selain itu, Note 8 merupakan telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan penstabilan imej optik untuk kedua-dua lensa kamera utama. Mod Live Focus hampir sama dengan Potrait mode tetapi mempunyai kemampuan untuk mengaburkan latarbelakang menggunakan "slider" secara masa sebenar ataupun setelah gambar diambil.

2. Paparan yang hebat



Apa yang menarik tentang skrin paparan bersaiz 6.3 inci ini adalah ia mampu memaparkan kandungan HDR dengan baik sekali. Paparan akan kelihatan menakjubkan dengan kontras yang lebih tinggi, jarak dinamik yang lebih luas, "hitam yang lebih hitam", "putih yang lebih putih". Dipendekkan cerita, paparan yang sangat senang di mata pengguna.

3. Pena Stylus



Mungkin berguna bagi sesetengah pengguna yang gemar melukis, mencatat nota penting atau apa sahaja. Menyokong 4096 jenis tahap tekanan, mata pena yang berukuran 0.7 mm ini turut mampu digunakan di dalam air.

4. Pengecasan pantas tanpa wayar



Samsung sudah lama memperkenalkan fungsi pengecasan tanpa wayar dan sudah pasti mereka mempunyai ramuan untuk meningkatkan prestasi fungsi tersebut. Difahamkan, Samsung merupakan satu-satunya jenama yang mampu menyediakan pengecasan pantas tanpa wayar setanding dengan pengecas kabel.

Note 8 hanya memerlukan 30 minit sahaja untuk mengecas dari 0% hingga 49% menerusi pengecasan pantas tanpa wayar mereka.

5. Storan tambahan



Walaupun hadir dengan storan 64GB, Note 8 juga menyokong storan tambahan kad MikroSD sehingga 256GB. Jika dijumlahkan, 320GB untuk sebuah telefon? Ya, memandangkan pengguna mengambil gambar resolusi tinggi serta merakam video 4K, storan besar memang masuk akal.

6.  Katakan tidak pada letupan



Rentetan kes letupan yang berlaku tahun lalu, sudah pasti syarikat menitikberatkan sistem kuasa peranti baru ini. Samsung berjanji untuk membina telefon pintar dengan bateri yang lebih selamat dan ia dibuktikan dengan Note 8.

Bateri yang dipasang pada S8 dan Note 8 telah menjalani satu ujian yang dipanggil, 8 Point Battery Safety Inspection.

Penguji mencucuk bateri itu semata-mata mahu melihat sama ada ia akan mengeluarkan api atau tidak dan nampaknya telefon pintar Samsung kini lebih selamat dan anda tidak perlu risau lagi.

Baca juga - Samsung Galaxy Note 8 Sah Akan Dijual Pada Harga RM3999

Sumber: Mashable