Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
liputan 5g sekarang

5G Dah Sampai Di Pulau Pinang Tapi Belum Tersedia Di Seberang Perai

Diterbitkan September 10, 2022 · Dikemas kini September 10, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Yes hari ini secara rasmi telah melancarkan rangkaian 5G mereka di Pulau Pinang.

Terdahulu, pelancaran 5G tertumpu di kawasan termasuk KL, Putrajaya, Cyberjaya, Johor, Ipoh.

yes 5g

Hingga ke hari ini, Yes satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menjual perkhidmatan 5G mereka kepada pelanggan. Untuk membaca artikel berkenaan pelan ditawarkan, klik SINI.

Syarikat-syarikat lain dilaporkan masih menguji rangkaian seliaan Digital Nasional Berhad itu. Kesemua mereka dijangka turut bersedia melancarkan pelan 5G masing-masing dalam bulan-bulan mendatang.

penang 5g yes

Untuk fasa pertama ini, sebanyak 151 lokasi di bahagian pulau yang menggunakan 58 struktur baharu 5G manakala selebihnya ialah struktur sedia ada yang dinaik taraf.

“Di Seberang Perai, sebanyak 235 lokasi bertaraf 5G bakal dibangunkan pada awal tahun 2023 (melalui Pelan Pelaksanaan 5G di Negeri Pulau Pinang Fasa 2) yang mana tambahan sebanyak 77 struktur di bahagian pulau dengan memfokuskan daerah Timur Laut,” jelas Ketua Menteri Pulau Pinang.

penang 5g yes 2

Senang cerita, buat masa ini hanya sebahagian kawasan di pulau saja dapat menikmati rangkaian 5G. Itu pun sangat terhad, seperti di Bayan Lepas, Georgetown, Jelutong, Gelugor.

Jika anda tinggal di seberang tapi mahu mencuba, “tak dapek den nak nolong” kata orang.

Penduduk Pulau Pinang di seberang nampaknya perlu bersabar lagi kerana pelaksanaan 5G Yes di sana hanya akan bermula seawal tahun 2023.

Berkaitan

  • Selepas 5G, YES Kini Tawar Pelan Tanpa FUP Bermula RM58 Sebulan
  • Yes: CEO Jawab Kenapa iPhone Belum Sokong Rangkaian 5G Mereka
  • Saat Akhir, U Mobile Dan Maxis Dilapor Tak Jadi Sertai DNB
  • Rundingan Dengan Setiap Syarikat Adalah Berasingan, Lagi 4 'Telco' Masih Berminat - DNB
  • Tidak Melabur Dalam DNB Tapi Akan Sediakan 5G, Ini Jawapan U Mobile
  • Pegangan Ekuiti DNB Mungkin Dibuka Kepada MNO Asing - Tengku Zafrul
  • DNB Sasar 40% Liputan Rangkaian 5G Menjelang Akhir Tahun Ini

Oh ya, jika anda menggunakan iPhone atau mana-mana peranti buatan Apple, ketahuilah peranti anda tidak menyokong rangkaian 5G yang disediakan Yes.

Mengapa? Jawapan oleh CEO yang juga merasmikan pelancaran 5G di Pulau Pinang boleh dibaca di SINI.

Sumber: Buletin Mutiara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY