Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Tetikus Tanpa Wayar Terbaik Untuk Bermain Permainan Video

5 Tetikus Tanpa Wayar Terbaik Untuk Bermain Permainan Video

Diterbitkan Januari 29, 2019 oleh Haikel Areff

Bermain permainan video menjadi antara hobi yang paling popular pada hari ini. Malah, ada golongan yang sanggup mengeluarkan belanja besar semata-mata mendapatkan peralatan bermain yang terbaik.

Bagi pemain yang menggunakan PC, tetikus sering menjadi “senjata” penting dalam setiap permainan yang dimainkan. Atas sebab itu, kami akan senaraikan 5 tetikus tanpa wayar untuk kegunaan bermain video terbaik di pasaran ketika ini.

1. Logitech MX Master 2S – RM 273

5 Tetikus Tanpa Wayar Terbaik Untuk Bermain Permainan Video
Logitech

Logitech menganggap tetikus ini sebagai tetikus “flagship” mereka. Rekaan lekuk pada sebelah kanan tetikus akan memberi lebih keselesaan kepada pengguna(kecuali pada mereka bertangan kidal).

Mampu bertahan untuk kegunaan seharian hanya dengan 4 minit pengecasan menggunakan kabel USB.

2. Logitech G903 – RM473

5 Tetikus Tanpa Wayar Terbaik Untuk Bermain Permainan Video
Harvey Norman

Selain sangat ringan(107g), tetikus Logitech G903 ini juga mempunyai daya tahan bateri yang panjang iaitu selama lebih 30 jam dengan bermain permainan video.

Berbeza dengan model Logitech MX Master 2S, tetikus ini sesuai untuk digunakan oleh pengguna tangan kanan dan juga kiri.

3. Razer Lancehead – RM529

5 Tetikus Tanpa Wayar Terbaik Untuk Bermain Permainan Video
Amazon

Tetikus ini mempunyai saiz yang sangat selesa untuk dipegang. Tambahan pula, ia memang sesuai untuk mereka yang gemarkan rekaan yang minimalis.

Akan tetapi, tanda harga yang ada pada Razer Lancehead ini mungkin akan membuatkan anda beralih ke tetikus lain.

4. Razer Ouroboros Elite Ambidextrous – N/A

5 Tetikus Tanpa Wayar Terbaik Untuk Bermain Permainan Video
ThinkGeek

Salah satu tetikus ambidextrous yang terbaik di pasaran ketika ini. Ia amat sesuai untuk digunakan pengguna dengan mana-mana tangan sekalipun, memandangkan ia mempunyai rekaan yang seimbang dan sama di kedua-dua belah bahagian.

Malangnya, kami gagal menemui sebarang pembekal atas talian untuk pasaran tempatan bagi tetikus ini.

5. E-Blue Mazer II – RM 68

5 Tetikus Tanpa Wayar Terbaik Untuk Bermain Permainan Video
Newegg

Muncul sebagai model dengan harga paling murah dalam senarai ini, E-Blue@E-3lue Mazer II ini dianggap tetikus untuk permainan video terbaik pada kelas harganya.

Walaubagaimanapun, sudah pasti ia mempunyai sedikit kekurangan berbanding tetikus lain dalam senarai seperti bahan binaan yang kurang berkualiti, sensor yang kurang baik dan polling rate yang rendah(250Hz).

Apa pula tetikus yang anda guna? Sekiranya anda mempunyai cadangan lain, anda dialu-alukan untuk berkongsi dengan kami dan pembaca lain di ruangan komen.

 

Sumber: GearHungry   PCGamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY