Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 Telefon Best Untuk Bajet Bawah RM2,000

Posted on April 20, 2026April 20, 2026

Tahun ini banyak telefon pintar sudah menerima kenaikan harga disebabkan ledakan AI. Namun, masih ada lagi telefon pintar yang masih mampu dimiliki tetapi tetap menawarkan spesifikasi baik.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda lima telefon bawah RM2000 yang boleh anda pertimbangkan.

vivo V70

Bermula dengan vivo V70 yang baru sahaja keluar pada Mac 2026. Telefon ini dikira sebagai satu standard bagi sebuah midrange yang mantap dalam segmen harganya.

Dari segi reka bentuk, ia nampak kemas, lawa, dan elegan. Selain itu, prestasi kameranya adalah antara yang terbaik dalam kelasnya, Itu pun sebab ada sistem ZEISS kamera, jadi anda tidak perlu risau dengan kualiti gambar yang anda akan tangkap.

vivo V70 juga dilengkapi dengan cip Snapdragon 7 Gen 4, bateri berkapasiti besar iaitu 6500mAh, pengecasan laju 90W, ada rating IP69, dan juga skrin AMOLED 120hz. Memang padu setakat ini.

Cuma, terdapat dua kelemahan telefon ini. Salah satunya ialah kualiti speaker yang kurang memuaskan. Seterusnya ialah kamera ultralebar yang biasa-biasa sahaja.

Selain daripada dua kelemahan ini, vivo V70 ternyata solid.

Untuk pembelian, boleh pergi ke https://wiser.my/beli dan masukkan kod 231 di bar carian.

POCO X8 Pro Max

Pencabar seterusnya ialah POCO X8 Pro Max, satu lagi midrange keluaran 2026 yang paling berkuasa. Mengapa dikatakan sedemikian?

Telefon ini dikuasakan oleh cip Dimensity 9500s, yang merupakan sebuah cip yang mampu bertanding dengan cip segmen flagship.

Tidak cukup dengan cip ini? POCO memang tidak kedekut dengan spesifikasinya. POCO X8 Pro Max mempunyai skrin AMOLED 6.83″, bateri sebesar 8500mAh (sebesar bateri sebuah tablet), 100W HyperCharge, Hi-Res Audio dengan tuning Dolby Almos, kamera 50MP dengan Optical Image Stabilization (OIS), dan juga perlindungan sehingga IP69K.

Harga rasmi POCO X8 Pro Max adalah RM1,999, tetapi dengan baucar dan diskaun, anda mungkin boleh memiliki telefon berkuasa ini dalam lingkungan RM1,500 sahaja dekat Shopee.

Tetapi, jika anda berkenan dengan yang lain, anda boleh mempertimbangkan Redmi Note 15 Pro+ 5G yang dikira daripada jenama yang sama. Telefon ini juga antara “all-rounder” midrange yang terbaik buat masa ini.

Untuk pembelian, boleh pergi ke https://wiser.my/beli dan masukkan kod 248 di bar carian.

Infinix Note 60 Pro

Kini, Infinix Note 60 Pro pula masuk gelanggang. Anda boleh memiliki telefon ini pada harga bermula RM1,199, jadinya ia adalah yang paling berpatutan dalam senarai ini. Spesifikasinya juga boleh tahan.

Infinix Note 60 Pro dilengkapi dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 yang kira baik sahaja, walaupun bukan yang terbaik, tetapi mencukupi untuk permainan video natif.

Selain itu, telefon ini dilengkapi skrin AMOLED, bateri sebesar 6500mAh, pengecasan pantas 90W. Ada pengecasan wayarles juga, yang merupakan satu ciri yang agak rare dalam segmen harga ini. Pembesar suaranya pula ada ditala JBL.

Infinix juga menjaminkan tiga tahun kemas kini perisian, dan lima tahun tampalan keselamatan. Kira cukup okay untuk harga ini.

Untuk pembelian, boleh pergi ke https://wiser.my/beli dan masukkan kod 223 di bar carian.

Nothing Phone (4a)

Pencabar keempat adalah Nothing Phone (4a). Harganya sama seperti vivo V70, iaitu RM1,999. Mungkin ada yang tertanya, “Kenapa makin mahal?”

Tenangkan diri anda dahulu. Harganya mahal sedikit kerana dalam pasaran Malaysia, Nothing terus bagi varian permulaan 12GB RAM.

Nothing Phone 4a ini sesuai untuk pengguna atau pelajar yang inginkan telefon yang lain daripada lain.

Sejujurnya, jika anda utamakan nisbah harga kepada nilai dan spesifikasi, telefon ini bukan pilihan yang sesuai kerana spesifikasi yang ditawarkan oleh Nothing agak kurang mencukupi dengan harganya dalam segmen ini.

Walaubagaimanapun, kalau anda berminat (lebih-lebih lagi jika anda gemar warna-warna dan reka bentuk yang menyeronokkan), dipersilakan untuk serah wang anda kepada Nothing.

Untuk pembelian, boleh pergi ke https://wiser.my/beli dan masukkan kod 245 di bar carian.

realme 16 Pro+

Pencabar yang terakhir dalam senarai ini, realme 16 Pro+. Bagi saya, telefon ini adalah seimbang, jika anda tidak berapa kisah tentang kualiti pembesar suara.

Jika dilihat secara keseluruhan spesifikasinya, dari aspek prestasi kamera, reka bentuk yang seakan-akan premium, UI yang lancar, bateri 7000mAh yang besar, dan pengecasan pantas 80W.

Tambahan, kalau dibandingkan dengan model terdahulu, realme 16 Pro+ 5G ini juga telah ditambah baik dari segi kamera 200MP, ciri LumaColor yang memberikan warna yang lebih natural dalam gambar, rekaan baharu, prestasi cip, dan baterinya… ya, memang padu.

Telefon ini sudah tentu telah menjadi pesaing rapat kepada vivo V70.

Untuk harganya pula, buat masa ini, ia melebih RM2000.  Anda mungkin boleh mendapatkannya dengan harga yang murah di Shopee ketika musim promosi, dengan harga yang bawah RM2,000.

Untuk pembelian, boleh pergi ke https://wiser.my/beli dan masukkan kod 247 di bar carian.

Harapnya anda dapat membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak anda atau untuk diri anda sendiri berdasarkan senarai telefon yang kami kongsikan ini. Sekiranya anda mahukan lagi, boleh kongsikan cadangan di ruangan komen.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress