Bagi suku ke-3 2017, sejumlah 383 juta unit telefon pintar telah berjaya dijual dan ia merupakan peningkatan sebanyak 3 peratus berbanding tempoh sama tahun 2016.
Berdasarkan kajian firma penyelidik pasaran, Gartner, syarikat seperti Samsung, Huawei, OPPO dan Xiaomi berjaya mencatat peningkatan dua angka dalam pemasaran mereka kecuali Apple yang hanya merekod peningkatan jualan sebanyak 5.7 peratus.
Pengenalan model Galaxy S8, S8 + dan Note 8 dilihat sebagai penyumbang kepada peningkatan Samsung untuk bersaing dengan syarikat-syarikat dari China yang kian mendapat tempat dalam pasaran.
Syarikat dari China yang mencatatkan peningkatan kukuh pada suku ke-3 2017 adalah Xiaomi dengan 80%. Syarikat ini memperoleh sambutan menggalakkan dari pasaran antarabangsa berbanding di negaranya sendiri, China, yang mana ia menerima saingan hebat dari Huawei, OPPO, serta Vivo.
Syarikat-syarikat yang berpengkalan dari China dilihat kian memperkukuhkan pegangan pasaran hasil daripada pengenalan model pertengahan serta model mampu milik yang memfokuskan sambungan 4G dan kamera yang lebih baik.
Jadi bagi suku ke-4 2017 adakah anda rasa ada perubahan besar?
Sumber: Gartner via Malaysian Wireless
Berkaitan
- Sistem Operasi Huawei Dijangka Hadir Penghujung Tahun Ini
- Sekatan Muat Turun Aplikasi VLC Pada Peranti Huawei Sudah Ditarik Balik
- Xiaomi Sudah Jual 1 Juta Unit Powerbank Redmi
- Samsung Tangguh Keluaran Galaxy Note 7
- Vivo Y19 Diletakkan Pada Harga RM949, Pra-Tempah Bermula Hari Ini
- Samsung Mungkin Akan Tawarkan Siri Galaxy Note Yang Lebih Mampu Milik
- OPPO R9s Edisi Hijau Boleh Mula Di Beli Secara Pra-Tempah Bermula 11 Ogos Ini
- Ahli AirAsia BIG Boleh Dapatkan Baucar RM200 Dari Huawei Dengan Cara Berikut
- #MWC2019- Samsung Galaxy S10 5G, Kita Masih Belum Bersedia
- OPPO Malaysia Gantung 2000 Unit OPPO Reno Di Hadapan Pavilion