Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Malaysia Gantung 2000 Unit OPPO Reno Di Hadapan Pavilion

OPPO Malaysia Gantung 2000 Unit OPPO Reno Di Hadapan Pavilion

Diterbitkan Mei 16, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bagi meraikan ketibaan siri Reno dari OPPO, OPPO Malaysia mengambil peluang ini dengan mempamerkan cara kreatif untuk menyambutnya.

Direka oleh pereka seni bina, Pamela Tan, hasil seni memperlihatkan perkataan ‘Reno’ dan ’10X’ boleh dilihat tersergam indah berlokasi di pintu masuk Pavilion, Kuala Lumpur.

OPPO Reno Celebrates Creativity with an Artistic Pop-up at Pavilion KL (2)
OPPO Reno Celebrates Creativity with an Artistic Pop-up at Pavilion KL

Untuk menjayakannya, sebanyak 2000 unit telefon pintar OPPO Reno digunakan pada hasil seni terbabit. Orang ramai dijemput menyaksikan kemeriahan yang dibawakan oleh siri terbaru OPPO tersebut.

Disamping itu, pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk memenangi 2x DDPai Mini 3 Dash Cam, yang bernilai sehingga RM630 serta 15x tiket wayang untuk dimenangi.

Apa yang perlu dilakukan adalah ambil gambar dengan hasil seni OPPO Reno dan kongsikannya di Instagram. Syarat-syarat penyertaan pertandingan ini boleh dirujuk pada laman Facebook OPPO Malaysia. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 22 Mei 2019

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY