Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Tangguh Keluaran Galaxy Note 7

Samsung Tangguh Keluaran Galaxy Note 7

Diterbitkan September 1, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Samsung Tangguh Keluaran Galaxy Note 7
Sebelum ini Samsung sudah menangguhkan
pengeluaran model terbaharunya disebabkan permintaan tinggi dari orang ramai
untuk variasi warna seperti hitam dan biru. Tapi nampaknya penangguhan itu
bakal dilanjutkan lagi ke suatu tarikh yang belum dipastikan lagi. Hal ini
terjadi selepas Samsung menghentikan penghantaran Galaxy Note 7 dan mahu
melakukan ujian tambahan terhadap kualiti peranti itu beritahu pengeluar
telefon pintar tersebut kepada Reuters.
Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci
mengapa ujian tambahan itu perlu dilakukan, beberapa aduan telah dilaporkan
oleh media tempatan di Korea Selatan mengenai peranti itu. Laporan mendakwa
bateri yang digunakan pada Galaxy Note 7 meletup ketika sedang di cas, dan
beberapa masalah lain.
Samsung Tangguh Keluaran Galaxy Note 7
Gambar yang dimuat-naik di Baidu
Terdapat 5 aduan mengenai bateri meletup
ketika dicas sejak 24 Ogos yang lepas dan perkara itu dikuatkan lagi dengan
tersebarnya gambar telefon pintar yang hangus meletup baru-baru ini. Gambar itu
dimuat-naik pada laman media sosial Baidu oleh seorang pengguna yang mendakwa
peranti itu meletup ketika dia sedang mengecasnya. Bagaimanapun, samsung belum
mengesahkan lagi masalah itu terjadi disebabkan oleh bateri ataupun kegagalan
pengecas untuk berfungsi.

Galaxy Note 7 dilancarkan pada 2 Ogos yang
lepas dan sudah dipasarkan di beberapa pasaran utama seperti di India, Amerika
Syarikat, dan Kanada. Penangguhan pengeluaran ini dilihat bakal mengubah
tumpuan orang ramai kepada iPhone 7 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY