5 Penggunaan AI Yang Anda Mungkin Rasa Pelik

Kita boleh melihat terma AI atau kecerdasan buatan disebut dimana-mana sahaja ketika ini. Anda mungkin lebih terdedah dengan kemampuan AI pada telefon pintar yang mana ia membantu meningkatkan kualiti foto, memberikan ciri Face ID sehinggalah kepada realiti terimbuh.

Namun jika dilihat dengan lebih meluas lagi, AI digunakan dalam pelbagai lapangan dan ada diantaranya yang agak pelik untuk didengari sekarang tetapi mungkin menjadi perkara biasa pada masa hadapan.

1. AI dijadikan sebagai "jurulatih" kelab bola sepak 

Oleh kerana keputusan teruk pada setiap perlawanan yang dilangsungkan, Wingate & Finchley F.C sebuah kelab bola sepak di London telah menggunapakai kecerdasan buatan dalam memberikan arahan taktikal kepada pasukan.

Sistem tersebut menganalisa setiap perlawanan dan menentukan formasi serta gaya permainan terbaik untuk menghadapi lawan. Sistem memberi arahan kepada jurulatih menerusi Amazon Echo.

https://www.youtube.com/watch?v=skQEl9R_xdM

Pada perlawanan pertama setelah menggunakan khidmat kecerdasan buatan itu, Wingate & Finchley F.C berjaya memperoleh keputusan seri 1-1.

2. Pembaca berita AI

Pertama kali diperkenalkan didunia pada November 2018, pembaca berita yang dikuasakan dengan AI ini sangat menarik dimana pertuturannya mirip seperti manusia sebenar.

https://www.youtube.com/watch?v=5iZuffHPDAw&feature=emb_title

Dibangunkan secara bersama oleh agensi berita Xinhua dan Sogou, pembaca berita maya ini juga turut membuat kemunculan disaluran Abu Dhabi Media dengan keupayaan bertutur dalam bahasa Arab.

3. Cipta skrip untuk iklan kereta Lexus

Pengeluar kereta terkemuka, Lexus menyatakan mereka berjaya mencipta iklan yang mana skripnya dihasilkan oleh AI.

https://www.youtube.com/watch?v=-iaBJ5rqOdg

Dikenali sebagai Watson AI, ia merupakan teknologi kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh IBM. Skrip iklan tersebut dikatakan terhasil dalam tempoh 60 saat setelah Watson AI menganalisis data seperti audio, teks serta visual dari iklan 15 tahun melibatkan iklan yang memenangi anugerah Cannes Lions.

4. Boleh kenal pasti individu homoseksual hanya berdasarkan gambar

Penyelidik dari Stanford University dikatakan telah membangunkan sistem pengesanan wajah yang mampu membezakan orientasi seksual, sama ada sukakan jantina berlainan ataupun sejenis hanya berdasarkan wajah individu terbabit.

Algoritma sistem yang diberi nama sebagai Gaydar AI itu  telah dilatih dengan lebih daripada 35,000 imej yang dikongsikan pada laman temu janji. Ia bertujuan untuk mengenal pasti ciri, ekspresi, gaya rambut individu yang mempunyai orientasi seks sejenis.

https://www.youtube.com/watch?v=ejWV--SXf8E

Difahamkan, kebolehan Gaydar AI mengesan itu berhasil dengan ketepatan 81% bagi lelaki dan 71% untuk wanita berbanding ketepatan pengesanan daripada manusia dengan 61% dan 54%, bagi lelaki dan wanita.

5. Lagu Rap

Terdapat sesetengah kecerdasan buatan digunakan untuk menghasilkan karya seni seperti lukisan, muzik dan seumpamanya namun DeepBeat kelihatan lebih menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=mhBuL8EQIaM

Program ini menggunakan pembelajaran mesin untuk menggubah lirik dari lagu rap sedia ada seterusnya menghasilkan lirik yang baru. Walaubagaimanapun ia masih belum mampu menandingi keupayaan gubahan lirik manusia.

 

Berkaitan