Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Aplikasi Untuk Mengesan “Laptop” Yang Dicuri

5 Aplikasi Untuk Mengesan “Laptop” Yang Dicuri

Diterbitkan Mac 31, 2018 ยท Dikemas kini Julai 6, 2018 oleh Tips Gajet

Komputer riba sememangnya selalu menjadi sasaran si pencuri, kerana saiz dan bentuknya yang mudah alih dan ringan.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk menjejak lokasi komputer riba sekiranya dicuri. Berikut kami senaraikan 5 aplikasi yang boleh anda cuba.

 

1. Prey

5 Aplikasi Untuk Mengesan “Laptop” Yang Dicuri

Perisian ini boleh dipasang pada hampir semua jenis sistem operasi, termasuklah iOS. dengan menggunakan perisian ini, anda boleh mengesan lokasi laptop yang dicuri dengan menggunakan laman sesawang yang disediakan.

Bukan sekadar menjejak, anda juga boleh membuka fungsi Webcam untuk merakam wajah si pencuri.

 

2. Find My Mac

5 Aplikasi Untuk Mengesan “Laptop” Yang Dicuri

Khas untuk komputer jenis Apple sahaja, yang mana anda boleh mengesan lokasi dengan menggunakan iCloud.

 

3. LockitTight

5 Aplikasi Untuk Mengesan “Laptop” Yang Dicuri

Hampir sama dengan kaedah yang digunakan oleh perisian Prey, cuma kelebihannya ialah ianya boleh digunakan kepada 5 peranti sekaligus.

 

4. Undercover

5 Aplikasi Untuk Mengesan “Laptop” Yang Dicuri

Khas untuk pengguna komputer jenis Apple sahaja, walaupun perisian ini berbayar, ianya agak popular kerana terdapat fungsi Webcam yang boleh merakam aktiviti si pelaku.

 

5.Lojack For Laptop

5 Aplikasi Untuk Mengesan “Laptop” Yang Dicuri

Sistem ini bukan sahaja dapat menjejak lokasi komputer riba yang dicuri, ianya juga dapat menjaga fail yang ada dalam peranti tersebut daripada dipadam, sistem ini terkunci pada BIOS komputer.

malah akan ada satu pasukan khas yang akan menjejak komputer riba yang dicuri sehingga dijumpai, sekiranya tidak berjaya dijumpai, anda akan dibayar pampasan dengan nilai tertentu oleh pihak syarikat. Sudah tentulah akan terdapat yuran yang perlu dibayar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY