Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Reports Quarterly Earnings

450 Pekerja Intel Di German Terjejas Kerana 2 Pejabat Utama Mereka Ditutup

Diterbitkan Disember 23, 2019 oleh ariff bukhari

2 Pejabat Intel itu sebelum ini mengkhususkan pembangunan teknologi modem 5G.

Intel dikhabarkan akan menutup 2 pejabat mereka di Jerman. Sekaligus menjejaskan seramai 200 pekerja mereka di Duisberg dan 250 lagi di Nuremberg.

Penutupan 2 pejabat itu dibuat berikutan Intel tidak lagi terlibat dalam pembangunan teknologi modem 5G selepas mereka menjual perniagaan modem mereka kepada Apple pada Julai 2019 lalu.

2 Pejabat Intel di Jerman itu sebelum ini mengkhususkan pembangunan teknologi modem 5G. Jadi selepas teknologi modem mereka dijual kepada pihak Apple, maka fungsi pejabat tersebut tidak lagi aktif seperti dahulu.

Walaupun Apple ada memaklumkan mereka akan meneruskan pembangunan modem 5G di Jerman, tetapi ia hanya melibatkan pejabat Intel di Munich sahaja. Tidak di Duisberg dan Nuremberg.

Intel telah mengesahkan penutupan 2 pejabat mereka itu dan memaklumkan mereka akan membantu pekerja yang terjejas dengan penutupan ini.

Pengambil alihan modem 5G Intel oleh Apple melibatkan nilai $1 bilion di mana sekitar 2,200 pekerja, paten serta peralatan Intel akan diperolehi Apple.

Tetapi tidak bermakna Intel akan keluar daripada perniagaan modem sepenuhnya. Sebaliknya mereka masih lagi membangunkan modem bagi komputer, peranti IoT, kenderaan tanpa pemandu dan lain-lain.

Sumber: Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY