Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3g ditamatkan

419 Menara Baharu Akan Dibina, 1,972 Pemancar Sedia Ada Dinaik Taraf Kepada 4G Di Sabah

Diterbitkan September 17, 2020 ยท Dikemas kini September 17, 2020 oleh Amalina Athman

Kerajaan kini mengumumkan Sabah sebagai penerima terbesar manfaat Jalinan Digital Negara (JENDELA). Menjelang 2022, sebanyak 419 menara telekomunikasi baharu akan dibina di seluruh Sabah, manakala 1,972 pemancar akan dinaik taraf kepada 4G.

Gerbang Sabah

Selain itu, sebanyak 251,166 tambahan premis akan disediakan dengan sambungan talian tetap gentian optik. Kos kesulurahan yang dianggarkan adalah sebanyak RM2.45 billion untuk penambahan dan pembaikan ini.

Sebagai tambahan, sebanyak 96.9% kawasan berpenduduk di Sabah akan diliputi perkhidmatan 4G menjelang 2022 sebelum rangkaian 5G diperluaskan.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin menerusi pelancaran Gerbang Sabah di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Gerbang Sabah merupakan komponen penting JENDELA bagi memantapkan penyediaan infrastruktur digital negara.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga akan menyusun semula peranan 133 Pusat Internet Komuniti (PIK) yang telah diwujudkan di Sabah. PIK ini akan diperkemaskan supaya perkhidmatan, pengetahuan dan peluang ekonomi dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat termasuk penduduk di kawasan pedalaman Sabah.

Sumber: MCMC

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
©2026 WISER.MY